Thursday, February 12, 2015

Lari bidang

Alhamdulillah setelah beberapa tahun mencuba perniagaan baru.. 
akhirnya dapat juga lari dari bidang kayu... 
Dah lama mencuba keluar bidang tapi hasilnya habis duit jer... 
kali ini buat projek masukkan cable telekom kat dalam manhole. nampak mudah tapi kerja berat...

Projek kayu,  pindah balik kemaman, kilang dalam pembinaan,insyallah bulan 4 beroperasi sepenuhnya...
kilang di kemaman share dgn adik ipar, dan kilang di dungun nak tutup operasi. hanya tinggal office. syarikat sekarang nak sub sebahagian keje ke kilang baru.  lepas ni nak jadi agent jer.. order kilang kat dungun dah penuh dgn hanya satu customer....

yang tak ok nyer gatal ambil duit keje kayu pergi dump ke projek telekom... habis cashflow lari.. dan bulan ni dalam sejarah perniagaan duit semua hampir kering dan semua reserve telah dipakai... dan ada ketikanya duit dalam poket tak sampai rm 10...

tapi hidup seronok...

Terima kasih Allah
  

Monday, December 16, 2013

Blog Dibuka kembali

Setelah lama tidak menulis, banyak yang dilalui dalam tempoh ini....
Dan seperti biasa blog ini hanyalah sekadar menceritakan pengalaman peribadi dan kegilaan penulis..
Dan blog ini bukan untuk hebahan ramai... Just to meluahkan perkara 2 yang berada di hati....

Nanti akan menulis lagi...

Thursday, March 14, 2013

Ku takut akan NamaMu Yang Maha Adil

Ya Allah Ya Rabb,

Sungguh Keadilan Mu ku takuti,
Jika engkau berlaku adil kepada diriku,
Pada hari pengadilan,
Mana mungkin tertanggung dosa-dosaku,
Yang sememangnya banyak,
Aku malu bila diriku melakukan maksiat,
Juga bila diriku lupa akan diriMu
Bila aku lalai beribadat kepada Mu,
Malu tapi aku tidak mampu,
Sesungguhnya hanya Engkau yg Mampu Menjagaku,
Ya Allah jagalah diriku (kami)
Aku(Kami) Ingin bersamaMu,
Bersatu didalam Cinta Yang Abadi....

Ya Allah ampunlah diriku(Kami),
Dengan namamu  Al Rahman dan Al Rahim,
Ku pohon keampunan,
Sesungguhnya Engkaulah Al Ghaffar (Maha Pengampun).

Saturday, March 9, 2013

Salam Semua

Sudah lama tidak menulis. Dah sebulan lebih kes ulat melanda dan sekarang dah selesai.. Kepenatan, kerja dan kerja sehingga la tahu punca masalah sebenar dn cara hendak mengatasinya.

Sales bulan lepas terjejas sedikit. Bulan ini insyaallah stabil semula. Kerugian yg dihadapi termasuklah rekod prestasi, kerugian kewangan, masa, dan kehilangan small percentage of order to competitor..

Walaubagaimanapun customer masih support kami. Alhamdulillah, dan 100% order will be return back to us by next month, insyaallah.

Dalam masa kelam kabut ni,receive beberapa customer baru. Alhamdulillah. dan ada yg masih dalam perbincangan.

Sentiasa berjuang dan tidak akan mengalah.

Rafiz Rahim

Monday, February 11, 2013

14 February

Bukan nak bercakap pasal Valentine Day pun, memang tak sambut..
Ada audit, pasal end of last month ada issue besar... Gatal mulut cakap kat seseorang yg saya ni selalu duduk rumah jer... so kena la balasan kesibukkan yang teramat sangat...Isu kecil tapi bila
dicanang2kan oleh end customer jadilah issue tu tersangat besar... diaorang terjumpa ulat dalam kayu yg dihantar... yg affected beberapa keping sahaja... tapi habis customer buat kriteria inspection baru.... habis nak kena buat inspection semua stock diaorang... dan kilang menjadi macam tongkang pecah.... berselerak pallet yg reject, yg elok, yang nak kena inspect....

Padan muka!!







Tuesday, January 22, 2013

Balik kampung

Terasa macam nak balik kampung.... Ramai org menyampaikan hajat minta tolong menyelesaikan masalah diaorang, dan telah menyelesaikan masalah beberapa org, and more is coming....
End up otak over use... Masalah perniagaan diaorg, masalah tiada pekerjaan etc..

Dan hari ni boleh mengamuk kat budak kerja atas benda yang kecil dan since mengamuk ni bukan perangai aku, maksudnya I need a rest, kena la balik kampung (wife say this is only an excuse to meet 'Abang')... Since baru jer jumpa abang a few days b4, rasanya bukan sebab tu...

Nak balik rumah jumpa parents....Dah lama tak jumpa diaorang rasa rindu juga.... Bila balik kampung ni selalunya tak fikir mengenai pekerjaan dah.... Itu yang diperlukan...

Monday, January 21, 2013

Kenduri lancar

Alhamdulillah, Kenduri semalam berjalan dengan lancar, org Yg datang melebihi expectation.... Yg bestnya org yg datang tidak serentak, by batch...  Jadi sentiasa Ada masa untuk melayan semua org....

Harini, keletihan agaknya, bangun Dan tidur jerla.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...