Monday, June 25, 2012

kemalangan

Petang tadi, lepas ambil anak dari sekolah, tiba2 ader kereta keluar dari simpang dan terus masuk lane depan kereta(ada double lane, patutnya keluar simpang masuk lane pertama, ini tidak potong terus ke lane kedua).. apa lagi kasi hon la.... dan tak sempat nak break ... terus langgar...... makcik tu mengaku bersalah dan akan membayar ganti rugi... Keluar kereta senyum, sebab time2 stress ni, dapat lagi satu hiburan... langgar kereta org...

Tanah kilang dah bayar, lori belum ambil (dah bincang untuk disewa) sebab takder budget lagi. driver dah interview tadi...  payment dari customer masih belum sampai cheque nya... sumber semakin kering..... sampai bila nak kena bertahan... kena bersabar atas dugaan kali ini.....

Last week minta tolong adik arrange appointment dengan CEO Tekun... Alhamdulillah berjaya bertemu Dato di Kuantan dan Dato setuju untuk menolong dengan memberi bantuan tekun....
Nak masuk customer baru kena on hold dulu.... wang di tangan tak mencukupi untuk cover business.... Koho koho la dulu... dah rasa ok, baru try balik.... Dapat pula peluang untuk business transport, ini pun tak tahu nak buat tak.... Peluang alhamdulillah banyak, tapi tak boleh jump macam tu, duit kalau cucuk kat bank tak habis2 takpelah buat macam tu... ini duit cukup2 makan.....



Saturday, June 16, 2012

Kerja nak kena buat

Kalau ikut ujian yang diberi memang agak kaw.... Have not enough money, order terlalu banyak dan customer tukar order ikut suka2 hati, transport nak hantar barang agak susah nak cari..... Alhamdulillah dengan ujian yang diberi.....

Kerja yg perlu dibuat dan status

A) Urusan kilang baru
1) Urusan tanah- tak bayar lagi
2) Air dan elektrik - kena tunggu no 1 selesai dulu
3) Pelan Bangunan - dah ada org nak buat tapi tak sempat jumpa
4) Bangunan kilang- dah jumpa org nak buat - perlu buat yg paling murah dulu dgn kayu dulu
5) Heat treatment - belum buat apa2 lagi- perlu dapatkan quotation etc
6) Lori - Dah buat keputusan untuk sewa lori dgn sapa- cara dan bagaimana belum selesai
              Driver dah suruh org cari, untuk kemasukan Julai
7) Kontena untuk office- tak cari lagi
8) Forklift- dah jumpa yg sesuai, cuma bukan prioritylagi... dah selesai semua baru boleh buat
9) Bandsaw- kena pi jumpa org dapatkan semula bandsaw yg dia pinjam...

B) Lain2 urusan
1) Urusan pinjaman - next week insyaallah dah dpt duit... Loan Tekun pula masih tergantung- akan difollow up...
2) Besarkan kilang supplier- akan bagi loan untuk dia setup kilang.. expect dalam minggu depan
3) Customer baru- expect dalam hujung bulan nak kena start jumpa
4) Supplier baru - loan dah dpt baru nak start cari...


Monday, June 11, 2012

Doraemon diperlukan

Business expand terlalu laju dan  duit telah menjadi satu masalah.... Peluang perniagaan hanya datang sekali, kalau tak ambil, belum tentu ada lagi lain kali.... nak ambil atau tak ambil.... Sekarang ni main tawakkal jer..
kalau Nobita dalam cerita Doraemon senangla untuk menghadapi masalah macam ni, boleh minta mesin cop duit kat Doraemon....hehehehe..... tak cukup duit chop jer......

Alhamdulillah, tapak kilang dah lulus... nak kena pi bayar dan lepas tu kena rancang buat bangunan, masukkan api dan air... Dah dapat lori untuk disewa, tapi kena repair dahulu... banyak benda nak kena buat.... pekerja nak ambil sekitar dungun jer, sekurang-kurangnya nak kena pakai 20~30 orang..nak kena tambah mesin etc... bila dengar perancangan nie aku pun super excited... tapi bila pi tgk akaun bank, mana nak cari duit nak buat semua nie.....
kalau ikut abang, buat ajer duit pikir kemudian..... hidup kena berani.... insyaallah dia akan bantu....

Masa menang tender, nasib baik customer tak pi tgk kilang... kilang kecil jer tapi berani ambil tender..... nak dibandingkan dengan competitor lain memang tak sesuai..... setakat ni alhamdulillah boleh penuhi permintaan diaorg... cuma penat sket, dengan arrangement barang dan transport... nak kena hantar buat heat treatment lagi.....

Selesai jer masalah ni semua, nak masuk tender lagi satu, dan kalau berjaya semua ni,berjaya la target aku untuk menjadi sebuah kilang pallet sama saiz dengan tempat kerja dulu dalam masa tahun pertama beroperasi ,ada 6 bulan lagi dan setakat ni masih on track.... lepas tu kilang kayu ni serah kat wife dan pekerja handle.... nak try buat business lain plak, takkan pergi besar lagi untuk kilang kayu sebab bahan mentah tak cukup untuk support operasi....

Next step sama ada jadi pengeluar kotak kertas atau rangkaian kedai 24 jam dan stesyen minyak...
Semua ni nak fokus disebelah utara..... dah ada plan dan customer yg boleh dapat, cuma perlukan kesungguhan sebab nak kena berlawan dengan tawkey2 besar....

Ni semua perancangan manusia, Allah yang menentukan sama ada berjaya atau tidak.. kalau jadi seperti dirancang insyaallah akan ditulis di blog... kalau takde, takder lah.... tetap bersyukur dengan takdir Allah..

Sunday, June 10, 2012

Lagu kesukaan- waktu awal tahun yg lalu

Masa awal tahun dulu, tergila2 dengar lagu Opick... Dibawah ni lagu2 yg selalu didengar.... Best...

Bila waktu telah berakhir....

Cukup Bagiku
Cahaya Hati

Semalam pergi kenduri kahwin saudara wife, selalunya kalau pergi kenduri kahwin mesti buat nyanyian tapi kali ni lain sikit panggil budak2 tahfiz baca qasidah burdah... best juga...
Ini yang short version.... yg long version cari kat youtube tak jumpa... kalau nak tau sejarah qasidah burdah rujuk kat website http://pmiupm.net/index.php/2011/04/03/sejarah-qasidah-burdah/
Kutinggalkan sunnah Nabi yang sepanjang malam.
Beribadah hingga kedua kakinya bengkak dan keram.

Nabi yang kerana lapar mengikat pusarnya dengan batu.
Dan dengan batu mengganjal perutnya yang halus itu.

Kendati gunung emas menjulang menawarkan dirinya.
la tolak permintaan itu dengan perasaan bangga.

Butuh harta namun menolak, maka tambah kezuhudannya.
Kendati butuh pada harta tidaklah merusak kesuciannya.

Bagaimana mungkin Nabi butuh pada dunia.
Padahal tanpa dirinya dunia takkan pernah ada.

Muhammadlah pemimpin dunia akhirat.
Pemimpin jin dan manusia, bangsa Arab dan bukan Arab.

Nabilah pengatur kebaikan pencegah mungkar.
Tak satu pun setegas ia dalam berkata ya atau tidak.

Dialah kekasih Allah yang syafaatnya diharap.
Dari tiap ketakutan dan bahaya yang datang menyergap.

Dia mengajak kepada agama Allah yang lurus.
Mengikutinya berarti berpegang pada tali yang tak terputus.

Dia mengungguli para Nabi dalam budi dan rupa.
Tak sanggup mereka menyamai ilmu dan kemuliaannya.

Para Nabi semua meminta dari dirinya.
Seciduk lautan kemuliaannya dan setitik hujan ilmunya.

Para Rasul sama berdiri di puncak mereka.
Mengharap setitik ilmu atau seonggok hikmahnya.

Dialah Rasul yang sempurna batin dan lahirnya.
Terpilih sebagai kekasih Allah pencipta manusia.

Dalam kebaikanya, tak seorang pun menyaingi.
Inti keindahannya takkan bisa terbagi-bagi.

Jauhkan baginya yang dikatakan Nasrani pada Nabinya.
Tetapkan bagi Muhammad pujian apapun kau suka.

Nisbatkan kepadanya segala kemuliaan sekehendakmu.
Dan pada martabatnya segala keagungan yang kau mahu.

Kerana keutamaannya sungguh tak terbatas.
Hingga tak satupun mampu mengungkapkan dengan kata.

Jika mukjizatnya menyamai keagungan dirinya.
Nescaya hiduplah tulang belulang dengan disebut namanya.

Tak pernah ia uji kita dengan yang tak diterima akal.
Dari sangat cintanya, hingga tiada kita ragu dan bimbang.

Seluruh makhluk sulit memahami hakikat Nabi.
Dari dekat atau jauh, tak satu pun yang mengerti.

Bagaikan matahari yang tampak kecil dari kejauhan.
Padahal mata tak mampu melihatnya bila berdekatan.

Bagaimana seseorang dapat ketahui hakikat sang Nabi.
Padahal ia sudah puas bertemu dengannya dalam mimpi.

Puncak pengetahuan tentangnya ialah bahawa ia manusia.
Dan ia adalah sebaik baik seluruh ciptaan Allah.

Segala mukjizat para Rasul mulia sebelumnya.
Hanyalah pancaran dari cahayanya kepada mereka.

Dia matahari keutamaan dan para Nabi bintangnya.
Bintang hanya pantulkan sinar mentari menerangi gulita.

Alangkah mulia paras Nabi yang dihiasi pekerti.
Yang memiliki keindahan dan bercirikan wajah berseri.

Kemegahannya bak bunga, kemuliaannya bak purnama.
Kedermawanannya bak lautan, keghairahannya bak sang waktu.

la bagaikan dan memang tiada taranya dalam keagungan.
Ketika berada di sekitar pembantunya dan di tengah pasukan.

Bagai mutiara yang tersimpan dalam kerangnya.
Dari kedua sumber, iaitu ucapan dan senyumannya.

Tiada keharuman melebihi tanah yang mengubur jasadnya.
Beruntung orang yang menghirup dan mencium tanahnya.....



Sebahagian petikan maksud burdah ini 

Saturday, June 9, 2012

Nikmat paling besar untuk umat Islam

Nak menulis banyak2 pun tak pandai.. dengar ceramah ni daripada Saleh Al Maghams
(ada translate bahasa melayu).. Nikmat paling besar yang dikurniakan Allah untuk umat Islam ialah  nikmat kedatangan Rasulullah SAW dan nikmat beragama Islam ...Kena banyak bersyukur, tak semua org lahir dah Islam....

 (A-li'Imraan 3:164)
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
 



Monday, June 4, 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah, menang tender... Maksudnya kena kerja lebih kuat lagi....

Target(operation wise) this year

1) Kena beli forklift instead sewa
2) Kena beli lori
3) Siapkan kilang baru
4) Setup mesin heat treatment untuk proses rawatan haba

Tak tau nak letak priority yg mana satu dulu... semua penting...

Bila dapat tender, satu perkara yang mesti difikirkan ialah faktor kewangan... Timing payment dapat amatlah penting dengan  timing nak guna duit untuk membeli raw material dan operasi kilang...  Buat masa sekarang, payment pula tak tahu bila boleh dapat.... Bertawal jer boleh... Janji Allah itu benar...


 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...