Monday, June 11, 2012

Doraemon diperlukan

Business expand terlalu laju dan  duit telah menjadi satu masalah.... Peluang perniagaan hanya datang sekali, kalau tak ambil, belum tentu ada lagi lain kali.... nak ambil atau tak ambil.... Sekarang ni main tawakkal jer..
kalau Nobita dalam cerita Doraemon senangla untuk menghadapi masalah macam ni, boleh minta mesin cop duit kat Doraemon....hehehehe..... tak cukup duit chop jer......

Alhamdulillah, tapak kilang dah lulus... nak kena pi bayar dan lepas tu kena rancang buat bangunan, masukkan api dan air... Dah dapat lori untuk disewa, tapi kena repair dahulu... banyak benda nak kena buat.... pekerja nak ambil sekitar dungun jer, sekurang-kurangnya nak kena pakai 20~30 orang..nak kena tambah mesin etc... bila dengar perancangan nie aku pun super excited... tapi bila pi tgk akaun bank, mana nak cari duit nak buat semua nie.....
kalau ikut abang, buat ajer duit pikir kemudian..... hidup kena berani.... insyaallah dia akan bantu....

Masa menang tender, nasib baik customer tak pi tgk kilang... kilang kecil jer tapi berani ambil tender..... nak dibandingkan dengan competitor lain memang tak sesuai..... setakat ni alhamdulillah boleh penuhi permintaan diaorg... cuma penat sket, dengan arrangement barang dan transport... nak kena hantar buat heat treatment lagi.....

Selesai jer masalah ni semua, nak masuk tender lagi satu, dan kalau berjaya semua ni,berjaya la target aku untuk menjadi sebuah kilang pallet sama saiz dengan tempat kerja dulu dalam masa tahun pertama beroperasi ,ada 6 bulan lagi dan setakat ni masih on track.... lepas tu kilang kayu ni serah kat wife dan pekerja handle.... nak try buat business lain plak, takkan pergi besar lagi untuk kilang kayu sebab bahan mentah tak cukup untuk support operasi....

Next step sama ada jadi pengeluar kotak kertas atau rangkaian kedai 24 jam dan stesyen minyak...
Semua ni nak fokus disebelah utara..... dah ada plan dan customer yg boleh dapat, cuma perlukan kesungguhan sebab nak kena berlawan dengan tawkey2 besar....

Ni semua perancangan manusia, Allah yang menentukan sama ada berjaya atau tidak.. kalau jadi seperti dirancang insyaallah akan ditulis di blog... kalau takde, takder lah.... tetap bersyukur dengan takdir Allah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...