Tak sabar rasanya... harini dah cukup sebulan aku memberi surat resign kepada boss... memandangkan surat tu untuk tempoh masa 3 bulan maka tinggal la lagi 2 bulan.... Selepas ini bermula la hidup sebagai seorang businessman.... Mula2 takut juga, tapi selepas sebulan, bak kata mat salleh "Never turn back".... Insyaallah berjaya... Perubahan yang telah dilakukan dalam tempoh sebulan ini
1) Cut cost perbelanjaan bulanan - menukar kereta kepada yang mampu dibayar
- mengeluarkan EPF untuk membayar bayaran bulanan
rumah selama setahun dan membayar 'pokok'.
- memberitahu agen insuran supaya menggunakan duit
simpanan insuran selama 6 bulan (just in case tak
mampu bayar)
- stop renovation rumah yang hampir siap.
- Mengurangkan travel yang tak perlu.
2) Akan berpindah ke Dungun - berhampiran dengan kilang yang telah dibuka.
Insyaallah boleh buat... Order untuk kilang baru dah dapat... kilang tak siap lagi... Nasib baik ada subcon....
Barang yang akan dibuat.... Sama macam kat tempat kerja sekarang ni.......
No comments:
Post a Comment