Friday, May 25, 2012

Dungun

Beberapa orang kawan-kawan sering ditanya kenapa aku tinggal di dungun dan tak setup business kat Kuantan memandangkan bukannya ada hantar barang kat Dungun pun... Dungun merupakan bandar kecil dan kat sini sebenarnya lebih senang untuk menjalankan perniagaan... tiada competitor dan bila nak setup business SME ni, alhamdulillah sangat senang untuk berurusan dengan orang-orang berkenaan, nak minta lesen mudah, nak sewa tapak kilang mudah, sangat business friendly.....  Nak jumpa orang penting-penting kat sini pun mudah... kalau kat tempat lain, sapa la nak layan kita yang baru nak menapak ni....

Memang kalau ditanya, kehidupan kat sini tak beberapa sesuai dengan aku, tapi i am adapting... lagipun selalu sangat travel, tak terasa sunyi sangat.... lama-lama biasa latu.... Untuk perniagaan kayu/pallet ni... memang tapaknya sesuai di Dungun...  Kalau business lain2 yg dalam kepala ni, Dungun bukannya tempat yang sesuai.... Insyaallah, perancangan2 didalam kepala ini akan berjalan dengan lancar..


Tuesday, May 22, 2012

Majlis Bersama Tun Mahathir

Saya merupakan peminat Tun Mahathir dan hari Ahad sudah saya dapat berjumpa Tun secara berdepan.. Kebetulan balik penang masa bapa anjurkan program Bicara Minda Bersama Tun M. Apa lagi ambil kesempatan mengambil Tun di Airport dengar ceramah dan menghantar semula... Malangnya bapa tak dapat hadir majlis, jadi kami terpaksa wakil bapa ke majlis tersebut..Best



 Masa tiba
  
Bergambar dengan sahabat lama - Jai

  

Berehat sebentar sementara menunggu kapal terbang tiba 
  

 Kereta berbaris untuk konvoi Tun
 Unit UTK check kenderaan 

                                           Bersama pemimpin UMNO dan veteran UMNO



                                         Pemimpin UMNO dan veteran bergambar bersama Tun

                                            Sempat bergambar dengan Tun semasa pulang

                                          Lambaian terakhir Tun sebelum pulang



Wednesday, May 16, 2012

Permohonan tapak kilang baru dan Pilihanraya

Hari ni pergi jumpa org MPD, nak mohon tanah untuk disewa untuk tapak kilang baru... Nampak senang jer... tapi tak tau la boleh lulus tak.... dia suruh buat surat permohonan dulu....
Masalah lori tak selesai lagi...  minggu ni tak de orang nak angkat barang aku.... kalau ikut hati rasa nak ambil sebiji lori baru.... semua nya tunggu next month.... kalau berjaya setahun selamat perniagaan,boleh fokus kat benda lain....kalau tak berjaya kena buat cara lain pulak..... entahlah labi.....

Sekarang ni kat fb, semua org sibuk berkempen pilihanraya dan topik paling glamour sekarang ini Bersih..... aku punya pendapat banyak political motif daripada nak kempen bersih.... kalau bawa penyapu bersih jalan pun bagus juga... Bersih ini patutnya semua org sokong, tapi sebab banyak sangat orang2 yang ambil kesempatan political mileage, menyebabkan aku malas nak ambil pot.... lepas tu buat huru hara menyusahkan org jer...

Jenis-jenis orang politik kat fb yang aku nampak

1) Hardcore
     - Jenis ini apapun parti diaorang buat semua betul...kalau pemimpin dia kata lembu tu kambing pun mereka akan percaya.... Bagi mereka pemimpin mereka maksum dan tak boleh buat sebarang kesalahan......

2) Kuah tambah

    - Jenis ini akan membesarkan benda2 kecil....kalau orang tu kena langgar kereta kemudian cedera ringan dia akan tambah kan kata "ini bukan pelanggaran biasa, ini memang rancangan jahat parti lawan, memang merancang untuk melanggar, dan dia akan tambah kata orang yang kena langgar tu samaada mati atau cedera parah'


3) Kaki maki dan menghina orang

- Ini antara yang teruk.... nak komen sikit mesti maki....

Nik aziz- ditukar jadi N. Ajis...
Najib- Najib Altantuya.....

Kalau tulis mesti akan keluar perkataan bodoh, bahalul etc.....

4) Profesional

Ini yang aku suka... orang buat salah dia tetap kata salah, kalau betul dia kata betul.....

P/S Kat bawah ni parti yang aku akan sokong.... Harap2 menang.

       :
       :
       :
       :
       :
       :
       :
       :
       :
       :


Tuesday, May 15, 2012

Kerja yg banyak

Customer terbesar nak buat single source dan nak kena lawan harga.... hari2 tidur tak lena sampai tender tamat...... kalau menang tender, automatik kena cari tapak baru, beli lori dan buat rawatan haba kat kilang.... kalau kalah tender, kena kerja lagi kuat la untuk dapatkan customer baru.... Cuak juga....
 Tawakkal jer boleh... sedang buat terbaik.... time2 ni la tak dapat lori untuk hantar barang dan time2 ni juga forklift rosak..... kalau ikut stress meletup kepala dah... tapi as usual kena cool.... kalau cool, baru la boleh dapat idea pelik.... kalau fokus memikirkan masalah instead of solution, akan bertambah2 la kepeningannya...Insyaallah saya berjaya mendapatkan tender kali ini....Amin....

Friday, May 11, 2012

Tekun Nasional

Alhamdulillah Tekun Nasional akan menjadikan my company as an example untuk negeri Terengganu sebagai salah satu usahawan Tekun yang berjaya...
Ini bermaksud saya perlu bekerja dengan lebih banyak lagi, supaya betul2 boleh menjadi usahawan contoh kepada yang lain...Ya Allah ku bersyukur dengan pengiktirafan-pengiktirafan yang diberi....

Perlantikan menjadi panel pakar industri bagi bengkel NOSS Packaging

My friend recommend me to become a panel of NOSS, I thought it was a joke and this is for fun.
By by reading this letter sent throught email, I was thinking am I qualified to become one of the panel.Most of the panel are big short in the industry and I am a small player..
Alhamdulillah diatas perlantikan, kena lebih menambahkan ilmu pengetahuan untuk betul2 menjadi pakar bidang.


Monday, May 7, 2012

Syair memohon keampunan daripada Imam Shafie

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku & terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu & keampunanMu adalah merupakan rahmat & kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah & ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut & mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta & berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung & memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu & di saat ku lelap, aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat & berulang-ulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu & kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) & lebih mulia


Sunday, May 6, 2012

Badan yang semakin besar?


Semalam, pergi makan berdua dengan wife, dan seperti biasa topiknya pasal perjalanan perniagaan sambil2 berdating.... Dalam syok -syok bersembang, tiba2 kerusi yang diduduki patah kakinya....Maka tersembam la aku... Malu pun malu jugak..Habis hilang macho kat awek2 duduk berdekatan.. masalah nya bulan lepas pun jadi perkara yang sama..... Masa tu kat shah alam... tapi kat shah alam tu tak ler teruk sgt....Argghhh... aku ker yang berat atau kerusi kat kedai2 ni kurang berkualiti... alasan ni aku boleh terima untuk menyedapkan hati.....

Malam ni melayan lagu2 60an.... R-Azmi, S-Jibeng dan paling favorite A.Ramlie... semua dah arwah dan alfatihah untuk mereka semua... Dengar2 lagu ni terasa aku ni dah tua dah.... umur dah 33.... Lagu2 lama ni lirik simple dan senang faham......Ni lagu Jeffydin... layan..
 

Ni pulak lagu favorite... Dulu2 mesti dengar dengan pak guard (Pak Ton) kompeni yang aku keja dulu... setiap hari khamis...
 
   
Biasa la hari khamis, sessi bersama guard, tunggu wife siapkan kerja sebelum pergi bank.... Pak Ton kalau dengar lagu dangdut siap bangun menari... aku kena melayan dia lagu2 yang dia nak dengar... sampai la wife telefon nak pergi bank..... macam tu aku buat setiap hari khamis selama bertahun2... Cuma kadang2 bila busy tak buat la........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...