Saturday, July 28, 2012

Masalah Pekerja

Pekerja ikut suka datang dan tak datang.... Inilah bila ambil pekerja berbangsa sendiri, bila kerja dengan bos berbangsa lain, takder masalah pun.... bila kerja dengan kita macam2 buat hal....
Padahal gaji bulan ni nak beri sekurang kurangnya RM1000 seorang, jika datang penuh...untuk pekerja am dan bekerja di Dungun, mmg agak tinggi... kat sini range gaji antara rm 500 ker 700 jer.....
Apalah nasib dapat pekerja tak berdisiplin...
Dah minta pekerja asing dalam 5 org tapi mereka hanya boleh dapat selepas raya....  Kena bersabar ajerlah...

Masalah order bertimbun masih belum 100 peratus selesai, dalam proses sedang berusaha untuk menambahkan pengeluaran.. semalam ada berbincang dengan supplier baru... harga yg dia nak agak tinggi...

Insyaallah boleh selesai.... Setiap masalah akan ada penyelesaian nya... kena yakin......

Wednesday, July 25, 2012

Enjoice - Doa pelindung diri, 20 sifat Allah, selawat kepada Nabi

 

tawassalna bi bismillah
wa bil hadi rasulillah[2X]
wa kulli 'arifin billah
wa ahlillahi ya allah[2X]

ya allah
syumusilhuda
shuyukhil waraa
nujuu min nada [2x]
bihinnas lamu min kulli aza
bi qadrillahi ya allah


"Kami bertawassul dengan nama Allah dan dengan petunjuk Rasulullah dan setiap orang yang arif mengenai Allah dan ahli Allah,Ya Allah.Ya Allah!Dengan perantaraan kaum yang mulia,cahaya hidayah,dengan perantaraan amalan kebaikan mereka,kami selamat dari setiap malapetaka dengan kekuatanMu,ya Allah"

Fadhilatnya:Barangsiapa banyak membaca selawat ini setiap hari akan memperolehi keselamatan dan pertolongan Allah dengan wasilah/perantaraan Nabi Muhammad saw.

Tuesday, July 24, 2012

Alhamdulillah

Jualan barang akan meningkat lagi.... kali ini akan test kemampuan semua terlibat...
Kalau ikutkan lebih daripada kemampuan semua yang terlibat... insyaallah kami akan dapat mengatasinya....

Sunday, July 22, 2012

195 PERKARA ASAS DALAM SEMBAHYANG - KEDUDUKANNYA DALAM AGAMA ISLAM


kita slalu nak BELAJAR yang tinggi-tinggi sdangkan perkara asas berciciran.. mari jenguk sikit..

i. Solat adalah tiang agama.

Sabda Rasulullah SA W.
“Solat adalah tiang agama. Barangsiapa yang mendirikannya bermakna dia telah mendirikan
agamanya. Barangsiapa yang meninggalkannya, sesungguhnya dia telah meruntuhkan agamanya ”

ii. Amalan yang pertama akan dihisab di akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w. :
“ Perhitungan yang mula-mula sekali dilakukan keatas seorang hamba di akhirat nanti ialah solat. Jika baik solat, maka
baiklah segala amalan yang lain. Dan jika rosak solat maka rosaklah segala amalan yang lain”

iii. Meninggalkan solat akan mebawa kepada kekufuran.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“ Barangsiapa yang meninggalkcm solat dengan sengaja, maka dia telah melakukan perbuatan kufur yang nyata dan jelas ‘:
“ Batas pemisahan antara seseorang itu dengan kufur ialah meninggalkan So/at ‘:

Imam-Imam mazhab berpendapat bahawa ‘orang yang meninggalkan solat wajib dibunuh setelah disuruh bertaubat dan menunaikan solat tapi masih engkar. Oleh itu setiap muslim wajib menunaikan solat dengan betul dan tepat berkait dengan rukun dan syarat-syaratnya, sah batalnya, muafiq masbuqnya, syarat dan peraturan menjadi imam dan makmum dan lain-lain. Kegagalan mereka menepatinya boleh mengakibatkan sembahyang mereka tidak sah atau tidak
diterima oleh Allah S.W.t.

Di antara salah satu syarat sahsolat ialah mengetahui kaifiat (cara) sembahyang dari segi rukun syarat, sunat wajib dan
sebagainya. Kegagalan membezakan perkara sunat dan wajib sahaja pun, boleh menyebabkan solat terbatal atau tidak sah. Mengetahui kaifiat solat itu boleh diterjemahkan di dalam 6 perkara yang merupakan asas seumpamanya.

1. Syarat wajib solat
2. Syarat sah solat
3. Rukun solat
4. Perkara Sunat dalam solat
5.Perkara Makruh dalam solat
6. Perkara yang Membatalkan solat

SYARAT WAJIB ( 5 PERKARA)

1. Islam
2. Beraqal
3. Baligh
4. Suci daripada Haid dan nifas
5. Masuk waktu


SYARAT SAH (9 PERKARA)

1. Islam
2. Beraqal
3. Suci dari hadas besar dan kecil
4. Suci badan, pakaian dan tempat solat dari najis yang tidak dimaafkan
5. Menutup aurat
6. Masuk waktu dengan yakin atau sekurang-kurangnya ‘dzan’
7. Menghadap kiblat dengan yakin atau sekurang-kurangnya ‘ dzan’
8. Mengetahui ‘kaifiat’ (cara) sembahyang
9. Meninggalkan perkara yang membatalkan sembahyang

RUKUN (13 perkara)

1. Niat ( 3 syarat )

i. Tempatnya di dalam hati (sunat dilofazkan dengan lidah)
ii. Masanya ialah ketika mulut menyebut (Allahuakbar ) dalam (Takbiratul Ihram )
iii. Ada muqaranah ( ) dalam Takbiratul Ihram ( ):

a. Ada Qasad, Taarudh, Taayin, Taayin Nafsih - solat Jumaat & Qasar
b. Qasad, Taarudh, Taayin -solat Fardhu biasa
c. Qasad, Taayin - solat Sunat berwaktu/bersebab
d. Qasad - solat Sunat mutlak

2. Takbiratul Ihram - ( 21 syarat)

1. Dengan Bahasa Arab
2.Dengan lafaz 'Allah' ( )
3.Dengan lafaz 'Akbar' ( )
4. Dengan tertib sebutan dua kalimah tersebut (Allah dan Akbar)
5. Ketika berdiri ( bagi Solat Fardhu )
6. Tiada dimadkan huruf Hamzah ( ) pada lafaz 'Allah'
7. Tiada digugurkan huruf Hamzah ( ) pada lafaz 'Akbar'
8. Tiada dimadkan huruf ( ) pada lafaz 'Akbar' 9. Tiada men'tasydid'kan mana-mana huruf yang tidak bertasydid
10.Tiada menambah wau (J ) yang sakin (mati) I berberisantara duo kalimah
11.Tiada wau ( ) dahului daripada lafaz Allah ( )
12.Tiada menukar sebutan huruf Hamzah ( ) pada kalimah Akbar dengan huruf Wau ( )
13.Tiada menukar sebutan huruf Kaf ( ) pada kalimah 'Akbar' dengan huruf Hamzah ( )
14.Tiada memanjang hukum mad pada kalimah 'Allah' melebihi 14 harakat
15 Tiada diam yang panjang antara 2 kalimah itu lebih dari kadar masa bernafas
16. Atau diam yang pendek tetapi diqasadkan dengan memutuskan Takbiratul Ihram itu
17. Sebutannya dapat didengar oleh dirinya dengan sekalian hurufnya
18. Dimulakan setelah yakin/ dzan sudah masuk waktu
19. Dalam keadaan mengadap kiblat
20. Ditakbirkannya kemudian daripada takbir Imam bagi Makmum
21. Tiada memalingkannya daripada Takbiratul Ihram kepada takbir yang lain daripadanya

3. Qiam ( ) -berdiri betul ( 3 syarat)

1. Disyaratkan bagi sembahyang Fardhu
2. Disyaratkan bagi yang mereka yang berkuasa berdiri.
3. Membetulkan belakang sekadar berkuasa dalam qiam.

4. Membaca AI Fatihah ( 11 syarat)

1. Dibaca dengan bahasa Arab
2. Dengan tertib antara segala kalimah
3. Dengan mualat padanya ( kalimah )
4. Memelihara akan segala hurufnya ( 141 huruf ) - tidak mengurangkan atau menambah hurufnya
5. Memelihara segala tasydid ( 14 tasydid ) - tidak mengurangkan atau menambah tasydidnya
6. Tiada diam yang panjang dengan tiada uzur - lebih kadar bernafas atau diam yang pendek dengan niat memutuskan bacaan
7. Tiada kesilapan atau 'lahn ( ) yang boleh mencederakan maknanya mengikut Bahasa Arab
8. Dibaca dalam keadaan berdiri atau gantinya (spt duduk dsb) ketika dalam keadaan uzur
9. Dapat diperdengarkan pada dirinya sekelian hurufnya
10.Tiada diselangi antara segala kalimahnya oleh zikir ajnabi (asing) yang tiada hubungan dengannya
11.Membaca semua ayatnya termasuk Bismillah pada setiap rakaat kecuali makmum yang masbuq

5. Rukuk (4 syarat)

1. Selepas tamam (sempurna ) Fatihah ( bagi lain daripada masbuq )
2. Tunduk ke hadapan sekira-kira sampai dua tapak tangan kelutut
3. Tunduk dengan niat rukuk
4. Tama ’ ninah dalam rukuk (sekadar masa menyebut Subhanallah)

6. I ’tidal ( ) ( 5 syarat )

1. Selepas tamam (sempurna) rukuk
2. Bangkit kembali (qiam) ke tempat asal sebelum rukuk
3. Bangkit dengan niat i ’ tidal
4. Tidak melebihkannya lebih dari qadar masa membaca Fatihah
5. Tama ’ ninah

7. Sujud (8 syarat)

1. Selepas tamam (sempurna )i ’tidal
2. Menghantarkan 7 anggotanya ke tempat sujud iaitu dua belah tapak tangan/ perut anak jari, dua kaki, dua lutut dan dahi
3. Terbuka dahinya
4. Ditekan kepala ke tempat sujud
5. Tidak niat lain dari sujud
6. Tidak sujud di atas sesuatu yang ditanggungnya - yang bergerak dengan geraknya
7. Meninggikan punggung dari kepalanya
8. Tama ’ ninah

8. Duduk antara dua sujud (5 syarat )

1. Selepas tamam (sempurna ) sujud pertama
2. Tidak diqasadkan bangkit itu selain daripada untuk duduk antara dua sujud
3. Membetulkan duduknya sekadar kuasanya
4. Tiada memanjangkannya lebih dari kadar masa sekurang- kurang tahiyyat
5. Tama’ ninah

9. Duduk Tahiyyat Akhir ( 3 syarat)

1. Selepas tamam sujud terakhir
2. Tidak diqasadkan bangkit itu kecuali untuk duduk tahiyyat akhir
3. Membetulkan duduknya sekadar kuasanya

10. Membaca Tahiyyat Akhir (8 syarat)

1. Memelihara akan sekelian hurufnya dari gugur
2. Memelihara akan segala tasydidnya
3. Tidak bertukar huruf-hurufnya itu dengan huruf yang lain
4. Tidak ada kesilapan sebutan yang boleh mengubah makna
5. Dapat didengar oleh telinga sendiri
6. Dibaca dalam bahasa Arab
7. Muwalat segala kalimahnya
8. Dibaca dalam keadaan duduk

11. Membaca Selawat Nabi s. a.w. dalam Tahiyyat Akhir (4 syarat)

1. Dibaca dalam Bahasa Arab
2. Dengan lafaz Muhammad s.a.w.
3. Memadai dengan ‘Rasulnya’ atau ‘Nabi’
4. Dapat didengar oleh telinga sendiri

12. Memberi Salam (11 syarat)

1. Diberi salam itu dalam BahasaArab
2. Ditakrif dengan Alif dan Lam ( JI )
3. Dengan khitab jamak ( )
4. Dengan mim jamak ( )
5. Memperdengarkan sekelian huruf kepada dirinya
6. Berturut-turut segala kalimahnya
7. Tiada qasad lain daripada salam
8. Ketika duduk atau gantinya
9. Dalam keadaan mengadap kiblat dari awal hingga akhir
10.Tidak menambah sesuatu huruf / kalimah yang boleh mengubah makna/ayat
11.Tidak mengurangkan sesuatu hurut / kalimah yang boleh mengubah makna/ayat

13. Tertib

PERKARA-PERKARA SUNAT (2 perkara)

1. Sunat Ab'adh (8 perkara)

1. Membaca Tahiyyat Awal
2. Membaca Selawat ke atas Nabi s.a.w. di dalam Tahiyyat Awal
3. Membaca Selawat ke atas keluarga Nabi s.a.w. di dalam Tahiyyat Akhir
4. Duduk bagi membaca Tahiyyat Awal
5. Berdiri membaca qunut di dalam Solat Subuh
6. Membaca qunut
7. Membaca Selawat ke atas Nabi s.a.w., Keluarga serta Sahabat di dalam qunut
8. Membaca Salam ke atas Nabi s.a.w., Keluarga serta Sahabat di dalam qunut

2. Sunat Hai ’ah ( )

1. Mengangkat kedua tangan ketika Tabiratul Ihram, ketika rukuk, iktidal dan bangkit dari Tahiyyat Awal
2. Meletakkan tangan kanan di atas pergelangan tangan kiri ketika qiam
3. Memandang tempat sujud sahaja kecuali ke jari telunjuk ketika dalam Tahiyyat Awal
4. Membaca doa Iftitah
5. Membaca 'Auzubillah ( ) sebelum AI Fatihah
6. Diam seketika sebelum dan sesudah sesuatu bacaan
7. Membaca Amin sehabis AI Fatihah dengan nyaring atau perlahan menurut masanya
8. Membaca sebarang ayat atau surah sesudah AI Fatihah dalam rakaat pertama dan kedua
9. Memanjangkan ayat rakaat pertama lebih dari rakaat kedua
10.Menyaringkan bacaan dalam solat Subuh, Hari Raya, Terawih, witir dan 2 rakaat pertama Maghrib serta Isya
11.Membaca takbir ketika berpindah dari satu rukun ke rukun yang lain kecuali ketika iktidal
12.Meletakkan tapak tangan di atas lutut ketika rukuk
13.Menjarangkan jari-jari serta mengadapkannya ke arah kiblat
14.Membaca tasbih 3 kali dalam rukuk dan sujud
15.Meletakkan tangan sejajar dengan bahu ketika sujud
16.Menjarangkan kaki lebih kurang sejengkal ketika sujud
17.Membaca doa ( Rabbigh firli ) hingga seterusnya ketika duduk antara 2 sujud
18.Duduk bersimpuh (iftirasy ) kecuali ketika duduk Tahiyyat Akhir
19.Duduk istirehah sebelum qiam untuk ke rakaat yang ke 2
20.Bertekan di tanah sewaktu hendak bangkit qiam
21.Memberi salam ke kiri
22.Berpaling hingga kelihatan pipi orang di sisinya sewaktu memberi salam ke kiri dan kanan

5. PERKARA-PERKARA MAKRUH

1. Berpaling muka kanan atau kiri
2. Berdiri di atas sebelah kaki
3. Mendahulukan sebelah kaki atau merapatkan kedua kaki
4. Menyimpul rambut, kain, serban, menyingsing lengan tangan baju
5, Berludah dalam sembahyang atau di luar sembahyang ke hadapan kiblat
6. Merendahkan kepala dari punggung ketika rukuk
7. Menahan diri dari qada ’ hajat besar atau kecil
8. Bersolat ketika makanan sudah terhidang yang sekira-kira ianya boleh mengganggu kekhusyukan
9, Meninggalkan bacaan surah dua rakaat pertama
10.Memanjangkan masa istirehat lebih dari duduk antara dua sujud
11.Bersandar kepada sesuatu yang sekira-kira jatuh ia dengan jatuhnya tempat bersandar itu
12. Melanjutkan tasyahud awal dan membaca doa
13.Meninggalkan doa dalam tasyahud akhir
14.Membiarkan tempat kosong di dalam sat di hadapannya
15.Berdiri seorang diri di luar saf ketika solat berjemaah
16.Tempat solat makmum lebih tinggi dari imam
17.Sembahyang dalam bilik mandi
18.Sembahyang di tempat sembelihan
19.Sembahyang di dalam gereja
20.Sembahyang dalam kandang haiwar.
21.Sembahyang di tanah perkuburan
22.Sembahyang di etas Kaabah
23.Sembahyang di tempat tawaf
24.Sembahyang di laluan orang ramai
25.Mendongak ke langit
26.Mengadap tempat yang bertulis clan bergambar
27.Mengadap atau bertentang muka dengan manusia
28.Ketika terlalu mengantuk
29.Menguap’- apabila menguap sunat menahan diri sekadar berkuasa
30.Menutup mulut kecuali menutupnya ketika terpaksa menguap

6. PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN SEMBAHYANG (21 PERKARA)

1. Berkata-kata dengan sengaja dengan 2 huruf atau hanya dengan 1 huruf yang memberi faham
2. Bergerak-gerak lebih dari 3 kali berturut-turut
3. Kedatangan hadas kecil atau besar
4. Kedatangan najis yang tidak dimaafkan
5. Syak pada niat atau takbiratul ihram
6. Syak pada satu-satu syarat solat dan berkekalan pada syak itu
7. Syak pada apa sembahyang yang diniatkan
8. Niat hendak memutuskan solatnya
9. Digantungkan memutuskan solatnya dengan sesuatu
10.Mengubah solatnya kepada solat yang lain
11.Mengerjakan satu rukun feeli bukan pada tempatnya
12.Berpaling dada dari kiblat
13.Memberi salam bukan pada tempatnya
14.Terbuka aurat
15.Mengerjakan sesuatu yang membatalkan puasa seperti mengorek hidung dan lain - lain
16. Jika salah satu syarat rukun solat tidak dikerjakan atau sengaja ditinggalkan.
17. Makan dan minum walaupun sedikit kerana ia bertentangan dengan sifat solat. Solat juga batal jika makan dengan banyak walaupun dalam keadaan terlupa. Demikian menurut al-Syafi’I dan Hambali.
18. Ketawa terbahak-bahak. Jika sekadar senyum, ia tidak membatalkan solat.
19. Mendahului imam.
20. Murtad (Terkeluar daripada agama Islam)
21. Hilang akal

silalah rujuk kitb..

Kitab Rujukan
Hidayatus Sibyan
Tanwirul Qulub
Sabilal Muhtadin
Muniyatul Musolli
Sirus Salikin

Tuesday, July 17, 2012

Ya Hayyu Ya Qayyum by Nusrat Fateh Ali Khan

 

Sorry kalau tak faham, tapi kalau nak memuji Allah takda had bahasa....
di bawah ni translation lirik dalam bahasa inggeris...

Ya Hayyu Ya Qayyum by Nusrat Fateh Ali Khan

O The Compassionate and The Beneficent One O The Just and The Equitable One
O The True Protector and The Covered of human failings
O Very Forgiving and The Singular one O Master and The Provider
You know all the secrets,
O Thou Eternal and Everlasting One You are Peerless, Doubtless, Immaculate and Faultless
You are the Title of life
You are the Keeper of all the Edens You’re the Majesty and Esteem
You have the solution to all the problems
All over is your fame
The Old Testament is your message
And reward, the elixir for all the woes the belief and faith is its effect
It’s the continuity of feeling and way of peoples’ manners and mannerisms
It is the interpretation of the Proof O The Eternal and Everlasting One Seek the mercy from Him
For Heaven’s seek nothing from the world O Fareed, the sincerity of the world
is a false prop
Seek Allah’s support from Him O the Eternal and Everlasting Seek no position or wealth
You are the people of love, seek love in all circumstance hold on to Him
, Seek Allah’s mercy from Him
O The Eternal and Everlasting One
O Master bestow every heart with an eternal depth of feeling
O God bestow the message of blessing on every soul
I do not need splendour or status · T be Muhammad’s slave is nought for me, O god
O The Eternal and Everlasting One
You are the Supremo of all the Prophets You have the authority on all the worlds You’re the Music and the Prophet is the Voice
You are the Secret and the Prophet is Privy to the Secret
You are the Word and the Prophet is the
Dictionary you are the Ruler and the Prophet is the Throne
You Two are inseparable
O The Eternal and Everlasting One I’m helpless with misery
You are the Master of the Universe I’m devotee full of errors
In Your Hands lies my fate I’m the humblest peck of dust You’re the heir to the seven heavens You’re the ruler I’m the subject

O God, to cross the limits is my habit O God; I do not know how to stop
Each time consider me mendicant and be kind to me
O God, do not embarrass me on the Day of Judgement
O The Eternal and Everlasting One I’m the picture You are the Painter I’m the penurious You are the True Benefactor
I’m the devotee; you’re the object of
My devotion
I’m the adorer; you’re the object of my adoration
I’m the body; you are the Soul Remedy my sorrow
You are the Joy; I’m the sorrow
. In this age every person lacking and lifeless the heart and eyes are without light The people are distant from the destination Your Graciousness is needed in this situation ‘ Now do not deprive us of that O The Eternal and Everlasting One What am I and for what should I seek the amends for? What should I negate in my nature?
I’ve nothing but the tears of repentance with what face can I seek the forgiveness for my sins?
O The Eternal and Everlasting One You are the Ocean of Benefaction My ability is a special one
You are the Master, I’m the helpless one You are the Light, I’m the Mount Sinai 0 The Destiny of the jinns and humans bestow a favour on me
Let me have a good fortune
O The Eternal and Everlasting One
O God, I’m the victim of my misguided heart
O God, now I need the hint of your mercy O God, do not embarrass me on the Day of Judgement Only Your Benevolence is what I’ve 0 The Eternal and Everlasting One Where would I go except to your threshold? Where would I get comfort except at your threshold? Your kindness is over the two worlds Where would I beg except at your threshold? 

Tuesday, July 10, 2012

signing ceremony

Alhamdulillah, semalam merupakan majlis menandatangi kontrak untuk setahun... Insyaallah perjalanan kilang untuk setahun selamat.... kena perform jer....
Abg Nizam menjadi meneman, apa lagi ambil kesempatan suruh dia bercakap.... bila dia bercakap ramai yg akan terpesona....  Nama boss tu M.U. Won. .. Dalam otak ni terfikir pasukan bolasepak favorite aku sentiasa menang... Walaupun ada few item yang dia pertikaikan didalam kontrak (bestnya bila kontrak kali ni buat sendiri), abg Nizam aka Big Boss berjaya menggoreng dengan jayanya..

Kat kilang last month 3 org berhenti, jadi tinggal la 5 org lagi... masalah nya sentiasa ada 3 org jer dtg bekerja pada satu2 masa.... jadi bos yg dah lama tak turun padang kena la buat kerja semula.... tak sabar nak siapkan kilang baru.... boleh ambil ramai pekerja, dan insyaallah bos dah tak perlu turun padang dah.... Trailer dah sewa... lawa gak
Cantik tak?
Tapak tanah untuk kilang MPD tukar ke tempat yg baru, tadi dah sign agreement untuk tapak tanah, esok nak bincang dengan orang buat plan bangunan.... sekurang2 kurangnya masa bulan puasa dah ada office... boleh la ambil kerani, kerja2 office tak perlu kami (wife and i) buat.... Dan hati ni masih teringin nak buat trasport business, ada satu lagi trailer untuk disewa pada kadar yg menarik.... kalau dah ada office senangla, lepas kat kerani buat, kalau tak aku yg sibuk..... Jumaat ni baru nak bincang macam mana nak buat business ni... Apapun akan KIV selepas office siap..

Loan Tekun, dah dpt, dpt amaun paling tinggi yg tekun boleh bagi,alhamdulillah.... selepas 2 minggu jumpa CEO Tekun, loan terus dapat... terima kasih Tekun....

Siap kilang jer, ada few tempat yg boleh masuk.... sekarang ni banyak depend kat supplier.... 70~80 per cent suplier buat... tak berani masuk tempat baru.. Insyaallah rancangan berjalan dengan lancar, tak sabar dah...

Sejak akhir2 ni asyik tgk kereta baru.... ada 2,3 kereta yg berkenaan.... bila ada budget (selepas kilang siap) ingatkan nak ambil satu... berkenan kat bmw, tapi big bos tak bagi... dia kata maintenance tinggi... lepas tu dia suruh ambil kat dia camry baru.... Apapun dulu2 kata kat org, usahawan melayu bila ada duit lebih sikit, cari kereta dulu.... rasanya lepas dapat customer baru dulu kot.....


Apapun cerita kat sini dah melalut lebih dari title... hehehehe... lain kali menulis lagi...





Friday, July 6, 2012

Lagu untuk orang frust







 Lagu kumpulan rock zaman 90 an dan lagu jamal, mencuba nasib dengan lagu baru... Enjoice.







Tuesday, July 3, 2012

ISTERI DIANGGAP DERHAKA PADA SUAMI JIKA...


  1. Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. Sabda Rasulullah s.a.w. "Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh."
  2. Membantah suruhan atau perintah suami. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia".
  3. Bermasam muka terhadap suami. Sabda Rasullulah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredhaannya".
  4. Jahat lidah/mulut pada suami. Sabda Rasulullah s.a.w. " Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka, di antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya terhadap suaminya".
  5. Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuannya.
  6. Keluar rumah tanpa izin suaminya. Sabda Rasulullah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat oleh Allah swt. hingga dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha terhadapnya."
  7. Menghina pengorbanan suami. Maksud Hadith: Allah swt tidak akan akan memandang (mempedulikan) pada isteri-isteri yang tidak berterima kasih kepada pengorbanan suaminya sedangkan dia masih perlukan suaminya.
  8. Menerima tetamu tanpa keizinan suaminya. Maksud Hadith: Jangan benarkan masuk ke rumahnya melainkan dizinkan oleh suami.
  9. Tidak mahu menerima tunjuk ajar suami. Maksud Hadith: Isteri yang derhaka hukum perbuatannya berdosa dan boleh gugur nafkahnya ketika itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya, nerakalah di akhirat kelak. Apa yang isteri lakukan terhadap suami adalah semata-mata mendapat keredhaan Allah swt. 

TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI


  1. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sesiapa sahaja isteri yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadap pemergiannya maka ia akan masuk syurga".
  2. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Apabila seorang isteri telah mendirikan solat 5 waktu dan berpuasa di bulan ramadhan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya maka diucapkan kepadanya masuklah syurga dari mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki".
  3. Seorang perempuan datang ke hadapan Nabi s.a.w. lalu berkata " Wahai Rasulullah s.a.w., saya adalah wakil kaum wanita untuk menghadap tuan. Berperang itu diwajibkan oleh Allah swt hanya atas kaum lelaki, jika mereka terluka maka mendapat pahala dan kalau terbunuh maka mereka adalah tetap hidup di sisi Allah swt, dan dicukupkan rezeki (dengan buah-buahan syurga). Dan kami kaum wanita selalu melakukan kewajipan terhadap mereka (iaitu melayani mereka dan membantu keperluan mereka) maka apakah kami boleh ikut memperolehi pahala berperang itu?" Maka Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sampaikanlah kepada wanita-wanita yang kamu jumpa bahawa taat kepada suami dengan penuh kesedaran maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah swt, tetapi sedikit sekali daripada kamu sekalian yang menjalankannya"
  4. Wajib bagi seorang isteri :
    1. Merendahkan pandangannya di hadapan suaminya.
    2. Tidak khianat terhadap suaminya ketika ketiadaannya termasuk juga hartanya.
    3. Menunaikan hajat suami bila diajak oleh suaminya biarpun sewaktu sibuk atau susah ( Rasulullah mentamsilkan walau berada di punggung unta sekalipun)
    4. Meminta izin suami untuk keluar dari rumahnya.
  5. Diceritakan dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda maksudnya: "Sesungguhnya semua burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya dan sentiasa dalam keredhaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia".
  6. Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya maka ia dalam kemurkaan Allah swt sehingga ia dapat membuat suasana yang menggembirakan suaminya dan mohon kerelaannya.
  7. A'isya r.a. berkata: "Wahai kaum wanita, seandainya kamu mengerti kewajipan dirimu terhadap suamimu tentu seorang isteri akan menyapu debu dari kedua telapak kaki suaminya dengan mukanya."
  8. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya "Jika seorang isteri berkata kepada suaminya 'tidak pernah aku melihat kebajikanmu sama sekali' maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya."
  9. Nabi s.a.w. bersabda " Sesiapa isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab-sebab yang sangat diperlukan maka haramlah bau syurga ke atasnya."
  10. Hadith Nabi s.a.w. "Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya."
  11. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya "Urusan pertama yang ditanyakan kepada isteri pada hari qiamat nanti ialah mengenai solatnya dan mengenai urusan suaminya (apakah menjalankan kewajipannya terhadap suaminya atau tidak)"
  12. Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: " 4 perempuan yang berada di neraka ialah
    1. Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya; suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia mengherdiknya.
    2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang di luar kemampuan si suami.
    3. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia enggan berbakti kepada Allah swt dan enggan berbakti kepada sumainya ( seorang isteri yang bersifat begini akan dilaknati Allah swt kecuali bertaubat)
    4. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihakan kecantikannya (untuk menarik kaum lelaki).
  13. Al-Hakim bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi s.a.w. "Sesungguhnya putera bapa saudaraku melamarku, oleh itu berilah peringatan kepadaku tentang kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kebajikan itu sesuatu yang mampu aku jalankan, maka aku bersedia dikahwinkan." Maka baginda bersabda: " Andainya mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suaminya lalu dia (isteri) menjilatnya maka itupun belum dianggap menjalankan kewajipannya terhadap suaminya. Sekiranya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, nescaya daku perintahkan para isteri sujud di kaki suami mereka". Berkatalah perempuan itu, " Demi Tuhan yang mengutuskan tuan, aku tidak akan berkahwin selama dunia ini masih ada."
  14. Seorang isteri hendaklah menyedari bahwa seorang suami bagi isteri adalah bagaikan ayah bagi seorang anak kerana taatnya seorang anak kepada ayahnya dan memohon keredhaannya adalah wajib. Seorang suami pula tidak wajib mentaati isteri.
  15. Menjadi pendorong serta penasihat dalam hal-hal agama serta kebajikan.
  16. Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami.
  17. Segala tingkah laku dan perbuatannya hendaklah menyenangkan hati suami.
  18. Sentiasa menambahkan ilmu agamanya serta amalannya dengan apa cara sekalipun seperti dengan membaca atau mendengar ceramah
  19. Demi cinta terhadap suaminya, seorang isteri akan melakukan khidmat dan bakti kepada suaminya dari sebesar-besar perkara sehinggalah kepada yang sekecil-kecilnya seperti mengerat kuku, memotong misai dan meminyakkan rambut suami.
  20. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Siti Fatimah r.a.: " Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya maka Allah swt akan memberinya minum dari air syurga yang mengalir di sungai-sungainya dan dijadikan kuburnya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga."
  21. Sentiasa menyediakan air di sisi suami. Selama ia berbuat demikian, selama itulah ia didoakan keampunan oleh para malaikat. Dikatakan sekiranya isteri membawakan air kepada suaminya dengan senyuman maka ia mendapat pahala amalan puasa sunat satu tahun.
  22. Memasak mengikut kesukaan atau selera suami.
  23. Menampal baju atau pakaian suami yang koyak.
  24. Siapkan barang-barang keperluannya seperti sikat, celak, miswak, cermin dan minyak wangi di dalam satu bekas (sunnah).
  25. Ikut kemahuan suami dalam masa bergurau senda, memicit, mengipas dan sebagainya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...