Alhamdulillah, semalam merupakan majlis menandatangi kontrak untuk setahun... Insyaallah perjalanan kilang untuk setahun selamat.... kena perform jer....
Abg Nizam menjadi meneman, apa lagi ambil kesempatan suruh dia bercakap.... bila dia bercakap ramai yg akan terpesona.... Nama boss tu M.U. Won. .. Dalam otak ni terfikir pasukan bolasepak favorite aku sentiasa menang... Walaupun ada few item yang dia pertikaikan didalam kontrak (bestnya bila kontrak kali ni buat sendiri), abg Nizam aka Big Boss berjaya menggoreng dengan jayanya..
Kat kilang last month 3 org berhenti, jadi tinggal la 5 org lagi... masalah nya sentiasa ada 3 org jer dtg bekerja pada satu2 masa.... jadi bos yg dah lama tak turun padang kena la buat kerja semula.... tak sabar nak siapkan kilang baru.... boleh ambil ramai pekerja, dan insyaallah bos dah tak perlu turun padang dah.... Trailer dah sewa... lawa gak
Cantik tak?
Tapak tanah untuk kilang MPD tukar ke tempat yg baru, tadi dah sign agreement untuk tapak tanah, esok nak bincang dengan orang buat plan bangunan.... sekurang2 kurangnya masa bulan puasa dah ada office... boleh la ambil kerani, kerja2 office tak perlu kami (wife and i) buat.... Dan hati ni masih teringin nak buat trasport business, ada satu lagi trailer untuk disewa pada kadar yg menarik.... kalau dah ada office senangla, lepas kat kerani buat, kalau tak aku yg sibuk..... Jumaat ni baru nak bincang macam mana nak buat business ni... Apapun akan KIV selepas office siap..
Loan Tekun, dah dpt, dpt amaun paling tinggi yg tekun boleh bagi,alhamdulillah.... selepas 2 minggu jumpa CEO Tekun, loan terus dapat... terima kasih Tekun....
Siap kilang jer, ada few tempat yg boleh masuk.... sekarang ni banyak depend kat supplier.... 70~80 per cent suplier buat... tak berani masuk tempat baru.. Insyaallah rancangan berjalan dengan lancar, tak sabar dah...
Sejak akhir2 ni asyik tgk kereta baru.... ada 2,3 kereta yg berkenaan.... bila ada budget (selepas kilang siap) ingatkan nak ambil satu... berkenan kat bmw, tapi big bos tak bagi... dia kata maintenance tinggi... lepas tu dia suruh ambil kat dia camry baru.... Apapun dulu2 kata kat org, usahawan melayu bila ada duit lebih sikit, cari kereta dulu.... rasanya lepas dapat customer baru dulu kot.....
Apapun cerita kat sini dah melalut lebih dari title... hehehehe... lain kali menulis lagi...
No comments:
Post a Comment