Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012

Mulai esok bermula tahun baru. Tahun 2012 meninggalkan begitu banyak kenangan.Ada yang pahit dan ada yang manis. Apa2 yang pahit yang berlaku di 2012, akan ditinggal bersama tahun yang berlalu. Nokhtah.

2013, bermulanya episod hidup yang baru. Semua akan berubah, insyaallah. Telah meletakkan target diri untuk santai pada tahun 2012, dan 2013 merupakan tahun untuk bekerja.. Dapat merasakan tahun akan datang ini, tahun yang amat bertuah untuk diriku, Insyaallah.

Perjuangan untuk agama dan bangsa akan diteruskan. Sedang melakukan persediaan untuk mengkasa kan diri dan group usahawan didalam naungan. Tahun 2013, company akan mempunyai website sendiri dan akan mempunyai lesen sawmill sendiri , insyaallah. Maka bila ada kekuatan dari segi material dan kewangan barulah boleh bergerak dengan lebih laju lagi. Tahun ini berjaya mengurangkan hutang melebihi target.pada akhir 2012, jumlah pekerja sudah menjadi 12 orang. Alhamdulillah.

Dari segi tubuh badan, tahun 2012 merupakan tahun dimana badan dalam keadaan paling teruk. Badan sakit yg tidak diketahui punca nya menyebabkan diri sentiasa tidur dan somehow telah menyebabkan badan naik mendadak... mula nya kolestrol dan gula menjadi tinggi.. sejak bulan 12 ni, baru lah mengambil inisiatif untuk berubat... macam2 buat.. sekarang alhamdulillah dah lebih baik... berat badan dah semakin menurun, dan sentiasa berdiet... nasib baik takde penyakit2 kronik.. cuma nak kurangkan diri dari tidur banyak ni masih susah nak adjust lagi.. Biasalah untuk mengubah kebiasaan...

 Sayonara 2012, ku menanti 2013 yang insyaallah lebih bermakna.



Saturday, December 22, 2012

End of the world

kalau dilihat semula dengan semua ciptaan manusia dari zaman berzaman semuanya menjadi debu kembali... dunia tidak perlu kan manusia untuk menghiasinya...

Satu bangunan yang besar akan akhirnya menjadi debu jua akhirnya.... manusia yang tidak mengerti bahawa suatu yang dia rasa penting yang dilakukan sebenarnya tiada nilai atau impak kepada bumi pada masa akan datang... Perniagaan yang besar tiada nilai pada masa akan dtg..bumi ini sudah diusahakan berkali2 dengan bermacam2 pembangunan..dan semua pembangunan ini hilang dan saling silih berganti.. manusia dari semua zaman tertipu dengan tipu daya yang mudah ini...

Manusia sentiasa ego dengan apa apa yang mereka lakukan, padahal ia sebenarnya tiada apa2 pun disisi Allah ... Allah telah menjadikan bumi ini sebagai tempat ujian. Maka tunduklah wahai diriku dan semuanya kepada Sang Pencipta Seluruh Alam.Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah. Buangkan lah egomu.. kau tak mampu berbuat apa2 pun...

kebanyakan manusia tidak mengerti yang kebanyakan mereka hanya melakukan kerosakan di muka bumi tidak lebih dari itu. kalau dahulu kala sistem dunia ni semacam ada auto correction, bila manusia melampau dalam melakukan sesuatu yg tak sepatutnya, maka Allah akan menurunkan bala... Dengarlah cerita kaum Ad, kaum nabi lut dan sebagainya....

Tapi sekarang, perkara itu tidak berlaku lagi. Sekarang Allah membiarkan kerosakkan berlaku sehingga tiba lah hari Kiamat ataupun end of the world... dan semalam heboh seluruh dunia mengenai ramalan kaum Maya mengenai hari kiamat yg dikatakan berlaku semalam...

Setiap umat Islam wajib percaya yang kiamat pasti berlaku... tapi sebelum ia berlaku, perlulah berlaku tanda2 kecil dan besar.... selagi belum berlaku tanda2 ini, maka umat islam tidak perlu percaya dengan apa2 ramalan pun.... dan perlu juga diketahui, ketika kiamat berlaku tiada pun seorang umat manusia yang bertauhidkan kepada Allah.... jadi selagi masih ada umat Islam,selagi itu lah kiamat tidak akan berlaku....
Itu yang ku pelajari... wallahualam...


Ujian,
kau datang dan pergi,
membawa hikmah lagi,
kau datang berkali-kali,
adakah aku masih belum mengerti?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...