kalau dilihat semula dengan semua ciptaan manusia dari zaman berzaman semuanya menjadi debu kembali... dunia tidak perlu kan manusia untuk menghiasinya...
Satu bangunan yang besar akan akhirnya menjadi debu jua akhirnya.... manusia yang tidak mengerti bahawa suatu yang dia rasa penting yang dilakukan sebenarnya tiada nilai atau impak kepada bumi pada masa akan datang... Perniagaan yang besar tiada nilai pada masa akan dtg..bumi ini sudah diusahakan berkali2 dengan bermacam2 pembangunan..dan semua pembangunan ini hilang dan saling silih berganti.. manusia dari semua zaman tertipu dengan tipu daya yang mudah ini...
Manusia sentiasa ego dengan apa apa yang mereka lakukan, padahal ia sebenarnya tiada apa2 pun disisi Allah ... Allah telah menjadikan bumi ini sebagai tempat ujian. Maka tunduklah wahai diriku dan semuanya kepada Sang Pencipta Seluruh Alam.Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah. Buangkan lah egomu.. kau tak mampu berbuat apa2 pun...
kebanyakan manusia tidak mengerti yang kebanyakan mereka hanya melakukan kerosakan di muka bumi tidak lebih dari itu. kalau dahulu kala sistem dunia ni semacam ada auto correction, bila manusia melampau dalam melakukan sesuatu yg tak sepatutnya, maka Allah akan menurunkan bala... Dengarlah cerita kaum Ad, kaum nabi lut dan sebagainya....
Tapi sekarang, perkara itu tidak berlaku lagi. Sekarang Allah membiarkan kerosakkan berlaku sehingga tiba lah hari Kiamat ataupun end of the world... dan semalam heboh seluruh dunia mengenai ramalan kaum Maya mengenai hari kiamat yg dikatakan berlaku semalam...
Setiap umat Islam wajib percaya yang kiamat pasti berlaku... tapi sebelum ia berlaku, perlulah berlaku tanda2 kecil dan besar.... selagi belum berlaku tanda2 ini, maka umat islam tidak perlu percaya dengan apa2 ramalan pun.... dan perlu juga diketahui, ketika kiamat berlaku tiada pun seorang umat manusia yang bertauhidkan kepada Allah.... jadi selagi masih ada umat Islam,selagi itu lah kiamat tidak akan berlaku....
Itu yang ku pelajari... wallahualam...
Ujian,
kau datang dan pergi,
membawa hikmah lagi,
kau datang berkali-kali,
adakah aku masih belum mengerti?
salam ziarah sahabat...:D
ReplyDeletegempar bila orang mula mengatakan blackout 3 hari seperti yang digambarkan datangnya Kiamat.. tetapi bukan kelmarin dan semalam rupanya..
ReplyDeleteKiamat akan berlaku dalam beberapa saat atau kurang dari tu. Tak sempat nak buat apa2...
ReplyDeleteSebenarnya kalau betul2 diamati, tanda2 kecil semuanya dah berlaku, tanda2 besar ada yg sedang berlaku...
Ketidakfahaman mengenainya menyebabkan umat Islam tidak sedar.....
Masa kehadapan ini, merupakan ujian especially kepada umat Islam. Tidakkah Islam semakin susah untuk diamalkan.
Salam Annur... Thanks sebab ziarah