Bulan ni betul2 sibuk... renovate kilang- tambah store,cat kilang, siapkan office. Itu yang physical, yang tak physical , documentation kena buat banyak (luckily ada org bantu bahagian ni)....Ni sebab nak comply dengan ISO 9001 untuk audit... yang best nya lepas siap ni kilang ni fit untuk ambil ISO 9001.. kalau berjaya, akan menjadi 1st kilang pallet di pantai timur yang ada ISO (most probably second in Malaysia).. kalau ada keperluan kena ambilla, sebab ISO involve cost yang tetap.... profit margin akan reduce, tapi akan membuka banyak lagi peluang perniagaan...
Sekarang ramai orang menyebut pasal boikot produk Israel dan USA... pada pendapat saya ia tidak akan bertahan lama... Orang Islam perlu ada PILIHAN untuk membeli barangan yang setanding dengan barangan yang hendak diboikot terlebih dahulu... barulah dapat boikot... barangan makanan kebanyakan di buat oleh negara yang hendak diboikot... agak-agak berapa lama dapat bertahan.... bila negara tu dah tak menyerang, umat Islam akan hentikan boikot... dah berapa kali boikot dan semuanya bersifat sementara....
Syarikat-syarikat Muslim perlu berfikir untuk membuat produk-produk yang boleh substitute keluaran bukan Muslim... barulah kita umat Islam akan menjadi kuat dan mempunyai kuasa untuk memainkan peranan didalam pentadbiran dunia... perlukan membangunkan produk yang setanding dari segi rasa dan kualiti...... Ini pendapat saya....
Dan Selalu nya bila dah berjaya, lupa pulak tanggungjawab yang mereka perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim....
P/S sektor makanan adalah satu contoh, ada banyak lagi contoh..
No comments:
Post a Comment