Kalau ingatkan semula kisah2 dulu, akan tersenyum sorang2... Banyak kisah yang menarik dan banyak kisah yang rasanya tak nak melalui sekali lagi.....
Kalau tgk time mula2 belajar degree sampaila kerja pun agak haru biru.... Mula2 ditaja oleh JPA untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan... setelah menghabiskan 2 tahun membuat A level di kolej di Oxford, saya telah memilih untuk melanjutkan pelajaran di Manchester University.... Di MU ni cara pembelajaran agak berlainan dari universiti lain, mereka melaksanakan konsep pembel ajaran macam Dr House.... Sebab tu suka tgk Dr house.... Teringat kenangan lama....
Padahal pada waktu itu menerima beberapa tawaran untuk melanjutkan di Ireland.. tapi disebabkan ego dan keras kepala yang agak tinggi, aku tetap nakkan stay di great britain.. Org Britain kan selalu kutuk yg org Ireland ni kekampungan... Aku pun terikut2 perangai tak elok ni.. Di MU, susah untuk aku yg biasa di spoon fed untuk adapt... aku gagal untuk mendapatkan markah yang cukup untuk meneruskan pembelajaran ke tahun ke 2.... masa tu cuba untuk tukar course, dapatlah tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang chemical engineering di UMIST, sayang nya permohonon untuk penyambungan biasiswa tidak diluluskan JPA, dan pada waktu itu cuba minta bantuan bapa, sayangnya perniagaan bapa menghadapi masalah disebabkan ekonomi meleset pada tahun itu (tahun 1998)....I'm on my own... Masa tu fikir apa la nak jadi dengan masa depan aku....
Ada sekali tu jumpa Tan Sri Halim Saad (pada waktu itu beliau ialah pengerusi Renong Berhad) minta tajaan ketika beliau datang ke London... jawapan dia tak dapat nak tolong....hehehe, masa tu rambut kepala pun botak... Macam budak jahat jer....
Akhirnya balik la ke Malaysia... balik ke Malaysia hari2 kena marah dengan parents... Ada 2 sebab kena marah...tak tahan, hari2 tengok paper, mana tahu nak cepat2 masuk uni... Duduk rumah agak tertekan... Bila tahu uitm ada intake dan tahu abg kenal VC(my sis in law lecturer sana)terus minta tolong abang untuk masukkan ke UITM untuk intake bulan 11.. pada waktu tu permohonan UITM dah tutup... terus ke KL dan dengan menggunakan sijil A- Level, minta jasa baik untuk dimasukkan untuk kursus chemical engineering, sayangnya tempat dah penuh...pergi merayu dengan dekan, tapi dia insist untuk kemasukan seterusnya... civil dan mechanical masih ada kekosongan... tahun tu, tahun pertama kursus engineering tempoh belajar dinaikkan kepada 4 tahun.... untuk menghabiskan 4 tahun untuk bidang yang tidak diminati agaklah keterlaluan, dan kebetulan melihat ada kekosongan untuk kursus Information System Engineering... aku pun terus meminta kursus tersebut..... Salary pun tak tahu apa itu ISE.
maka bermulalah kisah sebagai student ISE(macam software engineer)... banyak kisah disini, bila rajin akan ditulis.....
Bila
habis belajar terus kerja sebagai process engineer di kilang elektronik (yang takde kena mengena dengan sijil yang diperolehi)..... lepas tu
bekerja di kilang bapak mertua untuk pembuatan pallet kayu... berhenti
dan terus membuka kilang sendiri dalam bidang yang sama......
Kalau
difikirkan balik banyak betul bidang yang aku belajar.... Hajat hati
sekurang2nya dapat membesarkan perniagaan lagi... bukan dalam bidang
kayu sahaja, tapi dalam bidang pembuatan... tak sebesar business yang pernah dibina bapa pun takpa . janji dapat mempelbagaikan perniagaan... Ingat lagi dalam tahun 1997, kompeni bapa merupakan kompeni pertama anak melayu pulau pinang mendapatkan kontrak bernilai 1 billion ringgit (projection income in certain years) .... dan waktu itu menteri kerja raya DS Samy Vellu datang merasmikan upacara signing ceremony..... projek fibre optik seluruh negeri P.P. -projek swasta .... Sayangnya penyelewengan dalam kompeni tu dan atas faktor2 tertentu terpaksa jual kepada pengurus syarikat.... a bit complicated tapi saya tak berapa tahu hal sebenar...kompeni aku ni kalau buat perbandingan, masih jauh lagi untuk kesana.....
Ahad ini akan ke Langkawi, hampir seminggu jugak...
nanti sambung lagi...
Rajinnya tuan menulis...terkenang semasa dulu...
ReplyDeleteSalam perkenalan....
AB, setiap orang pasti ada kisah suka dan duka yg kita lalui....
DeleteSalam perkenalan..... Saya sebenarnya tak pandai menulis.... Saya suka bersembang dan memandangkan tak ramai sahabat yg betul2 boleh bersuka dan berduka, saya ambil keputusan untuk berblog... Sebenarnya blog ni tak pernah Invite sapa2 pun.....just tempat untuk meluahkan perasaan... Kalau dah terjumpa layan jer..... Just kisah hidup saya.....
Seorang yg tidak penting daripada 6 billion penduduk dunia....