Sebenarnya dah lama tak betul2 menulis, penulisan sekarang banyak dalam bentuk rushing, nak cepat - cepat sahaja... Sentiasa kena berebut komputer dengan wife(wife guna untuk buat report syarikat) ataupun iPad- berebut dengan anak2.... Ini semua angkara tak pergi tukar charger laptop yg masih dalam waranti.... Nak kena pergi bandar Kuantan yg jaraknya lebih 100 km dari sini agak malas, padahal setiap minggu akan berada di Kemaman, kena lebih rajin lagi, travel lagi beberapa kilometer dan akan sampailah di sana.... Hajat nya hari ini nak kena siapkan office baru... Ada yg dah call minta kerja, tapi office nya belum siap.... Nak kena panggil org untuk buat cermin dan suruh pekerja cat office, cat dah dibeli dan segala peralatan dah ada.....
Ada beberapa perkara yg ralat dalam minggu ni, pertama masih dah dapat supplier yg betul2 dapat supply kayu yang dikehendaki , payment yang dapat hampir habis sekelip mata... Gara2 membayar hutang dengan banyak sekali.... Target untuk menyetelkan sekurang2nya 100k sehingga hujung tahun ni....sebenarnya dah Lebih 70 k.... Nak settle hutang peribadi dulu.... Hutang yg bayar bulan , biarlah begitu...
Masa buat perniagaan dulu, mana ada modal, harapkan bantuan kawan2 dan saudara mara untuk berniaga... Luckily mulut saya manis (hehehehe), ramai yg membantu... Sekarang bila perniagaan dah menguntungkan perlulah membayar hutang2 yg telah dibuat kan.... Masa dulu, masa takde apa2 busines takdelah perasaan takut, sekarang takut dia lebih pulak... Syarikat dah dalam kategori medium size, tapi takut tak dapat busines baru etc, takut bila kontrak tamat boleh tak survive.... Macam2 permainan perasaan.... Tapi seperti biasa i will be cool, dan sentiasa berdoa kepada Allah... Mainan perasaan ni , supaya kita sentiasa was2.... Padahal, as long you have done terbaik, itu sudah cukup... Kalau org yg buat tak terbaik pun Allah bagi macam2 rezeki... Maksud kat sini ialah rezeki boleh datang walaupun kita tak buat apa2..... Hak Allah....
Sejak ada pekerja baru, kerja semakin menyenangkan, pekerja ni ialah assisstant manager masa kat kompeni lama... Jadi dia dah mahir dengan kehendak aku dalam pentadbiran.... Cuma disuruh saja.... Pengurus kilang dah tak sedap duduk, sebab tiba2 ada bos yg menyuruh dia buat kerja itu ini.... Sebelum ni aku mmg tak masuk sangat daily pentadbiran.... Cuma bagi target.... Teringat masa bulan satu sudah aku lah bos, dan akulah pekerja... Kena angkut kayu, kena jalankan mesin sendiri... Dan sekarang dah jadi betul2 bos.....
Pada satu tahap tu betul2 bekerja sehingga betul2 penat dan wife sanggup sampai mandikan diri ini..... Itu lah org kata pengorbanan dan itu yg kena ingat sampai bila2.... Nanti bila ada terlebih gatal, kena ingat wife yg sekarang ni... Saya seorang yg percaya poligami itu baik dan percaya juga jika seorang isteri dah berjaya memenuhi kehendak kita, kenapa perlu lebih..... Biasalah nafsu, pantang tengok yg fresh dan hot, mesti suka.... Itu sifat manusia..... Jika tak der keperluan tak perlu... Bukankah Nabi suruh kita bersederhana dalam semua perkara.... Poligami ni bagus untuk lelaki dan juga perempuan.... Salah satu kelebihannya ialah untuk kita lebih menujukan kasih sayang hanya kepada Allah... Kalau org yg betul2 kasih kerana Allah, cemburu nya kurang..... Kalau untuk lelaki, takder la takut bini sgt....hehehehe.... Oppss time to work .... Akan menulis lagi
No comments:
Post a Comment