Monday, August 6, 2012

Makna Puasa, Syarat Wajib Puasa

Makna Puasa

Dari Segi Bahasa:- Bererti menahan diri daripada sesuatu

Dari Segi Syarak :- Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar
                               hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa, kerana
                               mengharapkan keredaan Allah SWT

Jenis - Jenis Puasa Yang Wajib

a) Berpuasa pada bulan Ramadan hukumnya wajib (fardhu Ain) berdasarkan al-Quran, al hadis dan
    ijmak ulama
b) Puasa Nazar (puasa yang diniatkan dilakukan kerana terkabulnya sesuatu hajat)
c) Puasa Kifarat/Kaffarah (puasa membayar denda kerana melanggar syarat2 berpuasa di bulan
    Ramadan)

 Terdapat dua sebab yang mewajibkan puasa Ramadan iaitu:

i) nampak anak bulan awal Ramadan selepas terbenam matahari
ii) mencukupkan bulan Syaaban 30 hari sekiranya anak bulan tidak kelihatan.

Syarat Wajib Puasa

a) Islam
b) Baligh
c) Berakal(Tidak Gila)
d) Sihat - Orang yang sakit/uzur yang akan bertambah sakit jika berdaya puasa atau orang yang
    terlalu tua tidak diwajibkan berpuasa tapi diwajibkan membayar fidyah
e) Bermukim - Musafir (yang membolehkan menjamak/Qasar sembahyang) tidak wajib berpuasa
    tetapi wajib mengqada puasa selepas bulan Ramadan.
f) Suci daripada haid dan nifas(bagi wanita)

Syarat Sah Puasa

a) Islam
b) Berakal dan mumayyiz (tahu membezakan yang mana najis dan yang mana tidak)
c) Apabila nyata masuknya bulan Ramadan



Rukun-Rukun Puasa

1) Niat di dalam hati , niat ini diwajibkan pada tiap-tiap malam, kerana ibadat puasa pada tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan adalah perbuatan yang terpisah di antara hari dengan hari yang lain . Tempoh niat bermula sesudah tenggelam matahari hinggalah terbit fajar

Sebagaimana Hadis Nabi SAW :

من لم يجمع الصوم قبل الفجر فلا صيام له

Maksud : Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum fajar maka tiada puasa baginya .

(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Asbus Sunan)

Niat Puasa

2) Menahan diri daripada makan dan minum atau memasukkan sesuatu pada rongga tubuh badan
    dengan niat serta di dalam keadaan sedar bahawa ianya sedang berpuasa walaupun sedikit bermula
    daripada keluar fajar sehingga tenggelam matahari .Menahan diri daripada melakukan
    persetubuhan atau mengeluarkan mani dengan tangan ( Onani ) dan sebagainya .









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...