Perkara-perkara sunat puasa:
a)
membanyakkan membaca al-Quran, berzikir, berselawat
dan membuat amal kebajikan
b)
mandi junub sebelum fajar
c)
melewatkan sahur waktu imsak(kerana padanya ada keberkatan)
d)
berbuka dengan buah tamar atau benda manis yang lain
e)
membanyakkan sedekah kepada fakir miskin dan anak-anak
yang kurang bernasib baik
f)
solat terawih
g)
segera berbuka bila masuk waktu
h) Menjauhkan percakapan yang sia2 dan perbuatan yang tidak membawa
manfaat
i) membaca doa sekurang-kurangnya :
Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.
Ø
Perkara-perkara makruh puasa
a)
berkumur-kumur dengan keterlaluan
b)
merasa makanan dengan lidah
c)
bercakap perkara-perkara buruk dan keji
d)
memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
e)
gosok gigi setelah gelincir matahari
f)
mencium isteri
g)
menderma darah
Ø
Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
a)
makan dan minum dengan sengaja (jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa)
b)
mengeluarkan air mani dengan sengaja
c)
haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
d)
muntah dengan sengaja dan memasukkan dengan sengaja sesuatu ke dalam rongga
e)
melakukan persetubuhan
f)
gila walaupun sebentar
g)
murtad
h)
berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib
Ø
Perkara yang tidak membatalkan puasa:
a)
Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya
adalah dimaafkan.
b)
Bersuntik
c)
Tidur walaupun sepanjang hari
d)
Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
e)
Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja
Ø
Hari-hari sunat puasa:
a)
pada 9 Zulhijjah (hari Arafah)
b)
pada 9 Muharram (hari Tasu’a)
c)
pada 10 Muharram (hari Asyura)
d)
6 hari pada bulan Syawal
e)
Hari Isnin dan Khamis
Ø
Hari-hari diharamkan puasa:
a)
Hari Raya Puasa (Aidilfitri) yang pertama (1 Syawal)
b)
Hari Raya Haji (Aidiladha) yang pertama (10 Zullhijjah)
c)
Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
No comments:
Post a Comment