Monday, August 6, 2012

Qada dan Fidyah Puasa

Qada

Qada ialah menggantikan puasa yang ditinggalkan pada hari yang lain.
Orang yang wajib qada ialah:

a) orang yang berbuka kerana sakit, wajib qada setelah sembuh
b) orang yang berbuka kerana gila, wajib qada setelah sembuh
c) orang yang berbuka kerana tersangat lapar
d) orang yang berbuka kerana musafir, wajib qada setelah habis musafir
e) orang perempuan yang berbuka kerana haid atau nifas, wajib qada setelah bersuci
f) perempuan mengandung atau menyusukan anak yang berbuka kerana bimbangkan kesihatan
   dirinya

 Fidyah 


Fidyah ialah denda kerana meninggalkan puasa, iaitu secupak makanan asasi bagi satu hari puasa yang ditinggalkan. Orang yang wajib membayar fidyah sahaja ialah:

a) orang tua yang uzur
b) orang sakit yang tiada harapan sembuh
c) orang yang sentiasa bekerja berat sehingga memudaratkan diri jika berpuasa
 
Orang yang wajib qada serta fidyah

a) perempuan mengandung atau menyusukan anak yang berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak
    yang dikandung atau disusukannya.
b) Orang yang melewatkan qada puasa sehingga melewati Ramadan yang berikutnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...