Sunday, November 25, 2012

kesibukan melanda

Bulan ni betul2 sibuk... renovate kilang- tambah store,cat kilang, siapkan office. Itu yang physical, yang tak physical , documentation kena buat banyak (luckily ada org bantu bahagian ni)....Ni sebab nak comply dengan ISO 9001 untuk audit... yang best nya lepas siap ni kilang ni fit untuk ambil ISO 9001.. kalau berjaya, akan menjadi 1st kilang pallet di pantai timur yang ada ISO (most probably second in Malaysia).. kalau ada keperluan kena ambilla, sebab ISO involve cost yang tetap.... profit margin akan reduce, tapi akan membuka banyak lagi peluang perniagaan...

Sekarang ramai orang menyebut pasal boikot produk Israel dan USA... pada pendapat saya ia tidak akan bertahan lama... Orang Islam perlu ada PILIHAN untuk membeli barangan yang setanding dengan barangan yang hendak diboikot terlebih dahulu... barulah dapat boikot... barangan makanan kebanyakan di buat oleh negara yang hendak diboikot... agak-agak berapa lama dapat bertahan.... bila negara tu dah tak menyerang, umat Islam akan hentikan boikot... dah berapa kali boikot dan semuanya bersifat sementara....

Syarikat-syarikat Muslim perlu berfikir untuk membuat produk-produk yang boleh substitute keluaran bukan Muslim... barulah kita umat Islam akan menjadi kuat dan mempunyai kuasa untuk memainkan peranan didalam pentadbiran dunia... perlukan membangunkan produk yang setanding dari segi rasa dan kualiti...... Ini pendapat saya....

Dan Selalu nya bila dah berjaya, lupa pulak tanggungjawab yang mereka perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim....

P/S sektor makanan adalah satu contoh, ada banyak lagi contoh..

Thursday, November 15, 2012

Gaza Diserang Lagi

Baru tersedar ada serangan terbaru terhadap Gaza. Dan seperti biasa hanya kecaman sahaja dibuat. Tiada tindakan terhadap yang bersalah. Dan yang diserang akan dikatakan bersalah. Ini adalah satu permainan oleh musuh Allah, dan kita umat Islam masih lagi terleka dengan dunia masing-masing. Sedangkan saudara kita, sedang ketakutan.
 Saya kepilkan cadangan Qunut Nazilah yang dicadangkan oleh  Ustaz Zaharuddin . Sekurang-kurangnya walaupun tak dapat tolong dari segi tenaga fizikal, sekurang-kurangnya kita boleh berdoa. Dan doa merupakan senjata utama umat Islam. Mohon dimakbulkan Allah. Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu (kat bawah sekali ada panduan cara2 melaksanakan). Diperbolehkan memegang kertas dan membacanya asalkan pergerakan tidak lebih tiga kali sekaligus (untuk mazhab Shafie,mazhab lain tak kisah pergerakan Lebih 3 Kali...)... 
Pendapat saya Kita patut membantu bukan sekadar doa sahaja... Kena lebih daritu....  Ada banyak cara untuk membantu....

From Zaharuddin.Net
 
Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai. 



اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ


Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.



Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.


اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ


Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين



Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.
 
PANDUAN QUNUT NAZILAH
Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.
CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.
Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .
Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
· Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

Friday, November 9, 2012

Audit

Dengan keadaan kilang yang masih berserabut... tiba2 dapat email yg tempat yg ni akan diaudit awal bulan depan... Arrrggghhhhh..... nak kena audit ISO 9001 dan current operation.. padahal apa dokumen pun tak der..... Dah minta tolong abang/partner untuk tolong... SOS call....
Yg pasti kena siapkan segala dokumen, dan kena buat kilang bagi comel.....

Ada ka patut, disuruh jumpa MB esok untuk wakil bapa, dah la aku ni gayanya selekeh dan berpakaian seperti org2 biasa... agak2 apa yang hendak dicakap?

Trip ke Langkawi agak memenatkan, wifey shopping cokelat dengan banyak sekali, dan harini demam.... demam kepenatan agaknya...

Wednesday, October 31, 2012

Coretan 2 - kisah lama

Kalau ingatkan semula kisah2 dulu, akan tersenyum sorang2...  Banyak kisah yang menarik dan banyak kisah yang rasanya tak nak melalui sekali lagi.....

Kalau tgk time mula2 belajar degree sampaila kerja pun agak haru biru.... Mula2 ditaja oleh JPA untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan... setelah menghabiskan 2 tahun membuat A level di kolej di Oxford, saya telah memilih untuk melanjutkan pelajaran di Manchester University.... Di MU ni cara pembelajaran agak berlainan dari universiti lain, mereka melaksanakan konsep pembel ajaran  macam Dr House.... Sebab tu suka tgk Dr house.... Teringat kenangan lama....

Padahal pada waktu itu menerima beberapa tawaran untuk melanjutkan di Ireland.. tapi disebabkan ego dan keras kepala yang agak tinggi, aku tetap nakkan stay di great britain.. Org Britain kan selalu kutuk yg org Ireland ni kekampungan... Aku pun terikut2 perangai tak elok ni.. Di MU, susah untuk aku yg biasa di spoon fed untuk adapt... aku gagal untuk mendapatkan markah yang cukup untuk meneruskan pembelajaran ke tahun ke 2.... masa tu cuba untuk tukar course, dapatlah tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang chemical engineering di UMIST, sayang nya permohonon untuk penyambungan biasiswa tidak diluluskan JPA, dan pada waktu itu cuba minta bantuan bapa, sayangnya perniagaan bapa menghadapi masalah disebabkan ekonomi meleset pada tahun itu (tahun 1998)....I'm on my own... Masa tu fikir apa la nak jadi dengan masa depan aku....

Ada sekali tu jumpa Tan Sri Halim Saad (pada waktu itu beliau ialah pengerusi Renong Berhad) minta tajaan ketika beliau datang ke London... jawapan dia tak dapat nak tolong....hehehe, masa tu rambut kepala pun botak... Macam budak jahat jer....

Akhirnya balik la ke Malaysia... balik ke Malaysia hari2 kena marah dengan parents... Ada 2 sebab kena marah...tak tahan, hari2 tengok paper, mana tahu nak cepat2 masuk uni... Duduk rumah agak tertekan... Bila tahu uitm ada intake dan tahu abg kenal VC(my sis in law lecturer sana)terus minta tolong abang untuk masukkan ke UITM untuk intake bulan 11.. pada waktu tu permohonan UITM dah tutup... terus ke KL dan dengan menggunakan sijil A- Level, minta jasa baik untuk dimasukkan untuk kursus chemical engineering, sayangnya tempat dah penuh...pergi merayu dengan dekan, tapi dia insist untuk kemasukan seterusnya... civil dan mechanical masih ada kekosongan... tahun tu, tahun pertama kursus engineering tempoh belajar dinaikkan kepada 4 tahun.... untuk menghabiskan 4 tahun untuk bidang yang tidak diminati agaklah keterlaluan, dan kebetulan melihat ada kekosongan untuk kursus Information System Engineering... aku pun terus meminta kursus tersebut..... Salary pun tak tahu apa itu ISE.

maka bermulalah kisah sebagai student ISE(macam software engineer)... banyak kisah disini, bila rajin akan ditulis.....
Bila habis belajar terus kerja sebagai process engineer di kilang elektronik  (yang takde kena mengena dengan sijil yang diperolehi)..... lepas tu bekerja di kilang bapak mertua untuk pembuatan pallet kayu... berhenti dan terus membuka kilang sendiri dalam bidang yang sama......

Kalau difikirkan balik banyak betul bidang yang aku belajar.... Hajat hati sekurang2nya dapat membesarkan perniagaan lagi... bukan dalam bidang kayu sahaja, tapi dalam bidang pembuatan... tak sebesar business yang pernah dibina bapa pun takpa . janji dapat mempelbagaikan perniagaan... Ingat lagi dalam tahun 1997, kompeni bapa merupakan kompeni pertama anak melayu pulau pinang mendapatkan kontrak bernilai 1 billion ringgit (projection income in certain years) .... dan waktu itu menteri kerja raya DS Samy Vellu datang merasmikan upacara signing ceremony..... projek fibre optik seluruh negeri P.P. -projek swasta .... Sayangnya penyelewengan dalam kompeni tu dan atas faktor2 tertentu terpaksa jual kepada pengurus syarikat.... a bit complicated tapi saya tak berapa tahu hal sebenar...kompeni aku ni kalau buat perbandingan, masih jauh lagi untuk kesana..... 

Ahad ini akan ke Langkawi, hampir seminggu jugak...

nanti sambung lagi...
  



Tuesday, October 30, 2012

Coretan 1

Sebenarnya dah lama tak betul2 menulis, penulisan sekarang banyak dalam bentuk rushing, nak cepat - cepat sahaja...  Sentiasa kena berebut komputer dengan wife(wife guna untuk buat report syarikat) ataupun iPad- berebut dengan anak2.... Ini semua angkara tak pergi tukar charger laptop yg masih dalam waranti.... Nak kena pergi bandar Kuantan yg jaraknya lebih 100 km dari sini agak malas, padahal setiap minggu akan berada di Kemaman, kena lebih rajin lagi, travel lagi beberapa kilometer dan akan sampailah di sana.... Hajat nya hari ini nak kena siapkan office baru... Ada yg dah call minta kerja, tapi office nya belum siap.... Nak kena panggil org untuk buat cermin dan suruh pekerja cat office, cat dah dibeli dan segala peralatan dah ada.....

Ada beberapa perkara yg ralat dalam minggu ni, pertama masih dah dapat supplier yg betul2 dapat supply kayu yang dikehendaki , payment yang dapat hampir habis sekelip mata...  Gara2 membayar hutang dengan banyak sekali.... Target untuk menyetelkan sekurang2nya 100k sehingga hujung tahun ni....sebenarnya dah Lebih 70 k.... Nak settle hutang peribadi dulu.... Hutang yg bayar bulan , biarlah begitu...

Masa buat perniagaan dulu,  mana ada modal, harapkan bantuan kawan2 dan saudara mara untuk berniaga...  Luckily mulut saya manis (hehehehe), ramai yg membantu... Sekarang bila perniagaan dah menguntungkan perlulah membayar hutang2 yg telah dibuat kan.... Masa dulu, masa takde apa2 busines takdelah perasaan takut, sekarang takut dia lebih pulak... Syarikat dah dalam kategori medium size, tapi takut tak dapat busines baru etc, takut bila kontrak tamat boleh tak survive.... Macam2 permainan perasaan.... Tapi seperti biasa i will be cool, dan sentiasa berdoa kepada Allah... Mainan perasaan ni , supaya kita sentiasa was2.... Padahal, as long you have done terbaik, itu sudah cukup... Kalau org yg buat tak terbaik pun Allah bagi macam2 rezeki...  Maksud kat sini ialah rezeki boleh datang walaupun kita tak buat apa2.....  Hak Allah....

Sejak ada pekerja baru, kerja semakin menyenangkan, pekerja ni ialah assisstant manager masa kat kompeni lama... Jadi dia dah mahir dengan kehendak aku dalam pentadbiran.... Cuma disuruh saja.... Pengurus kilang dah  tak sedap duduk, sebab tiba2 ada bos yg menyuruh dia buat kerja itu ini.... Sebelum ni aku mmg tak masuk sangat daily pentadbiran.... Cuma bagi target.... Teringat masa bulan satu sudah aku lah bos, dan akulah pekerja... Kena angkut kayu, kena jalankan mesin sendiri... Dan   sekarang dah jadi betul2 bos.....

Pada satu tahap tu betul2 bekerja sehingga betul2 penat dan wife sanggup sampai mandikan diri ini.....  Itu lah org kata pengorbanan dan itu yg kena ingat sampai bila2....  Nanti bila ada terlebih gatal, kena ingat wife yg sekarang ni... Saya seorang yg percaya poligami itu baik dan percaya juga jika seorang isteri dah berjaya memenuhi kehendak kita, kenapa perlu lebih.....    Biasalah  nafsu, pantang  tengok yg fresh dan hot, mesti suka.... Itu sifat manusia.....  Jika tak der keperluan tak perlu... Bukankah Nabi suruh kita bersederhana dalam semua perkara....  Poligami ni bagus untuk lelaki dan juga perempuan.... Salah satu kelebihannya ialah untuk kita lebih menujukan kasih sayang hanya kepada Allah... Kalau org yg betul2 kasih kerana Allah, cemburu nya kurang..... Kalau untuk lelaki, takder la takut bini sgt....hehehehe.... Oppss time to work .... Akan menulis lagi

Thursday, October 25, 2012

Ucapan raya

Selamat hari raya Aidiladha untuk semua pembaca blog ini.....Maaf zahir batin... Semoga berbahagia di samping keluarga tercinta...

Tuesday, October 23, 2012

New Customer?

alhamdulillah, kalau nasib baik akan bertambah satu lagi customer bulan depan....Dia nak terminate current supplier dan nak suruh aku buat produk untuk dia...... cuma lokasi dia agak jauh... Nun di Pekan, Pahang.... Tadi petang dah hantar sample untuk other potential customer, ada 2 tempat lagi yang menanti sample untuk dihantar... harap dapat settle by next week....

Alhamdulillah, main customer tak jadi shutdown 3 minggu, seminggu jer.... sales wont be affected badly.... Terima kasih Allah atas segala nikmat yang kau beri...

A few consideration kena buat (ikut mengukur baju di badan sendiri)
Mana nak cari modal untuk buat kalau dapat semua customer serentak?
Tempat sekarang cukup tak?
Supplier boleh supply barang tak?

Ini yang sedang difikirkan.... dan sedang difikirkan....





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...