Setiap orang didunia ini mempunyai keistimewaan masing-masing... Dan setiap orang yang mempunyai keistimewaan itu akan berasa takbur dengan kelebihan masing-masing
Akulah yang mempunyai pekerjaan yang hebat
Akulah yang mempunyai kereta yang mahal
Akulah yang pakar didalam bidang ini dan ini
Akulah pemilik perusahaan yang begini dan begini
Akulah penulis yang hebat
Akulah yang paling banyak beramal dan paling berpengetahuan
Akulah yang paling hampir dengan Allah
Akulah paling banyak ibadatnya
Akulah paling banyak bersedekah
Maka ingatlah pesan nabi
Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam
hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.”
(Hadis riwayat Muslim)
Pada hari kiamat
Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya,
“Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di
dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka.”
(Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)
Firman
Allah yang bermaksud: “Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat (iaitu)
orang yang lalai dari solatnya dan orang berbuat riak.”
(Surah al-Maa'um, ayat 4 - 6)
Sifat riak dan takbur adalah sifat Allah diatas keagungan dan kehebatan Nya.. Maka siapa yang dapat berbangga selain Allah, pemilik alam semesta....Nasihat ini untuk semua yang membaca dan untuk diri saya.. kerana ramai orang akan tersangkut di Hari Pengadilan kerana kesalahan riak dan takbur.... tunduk lah diri... tunduklah diri... tunduklah diri... kerana sentiasa ada orang yang lebih hebat dari anda... dan sifat riak dan takbur merupakan tiket (fast access) ke neraka... Nauzubillah.... Tak sempat dihisap, terus dihumbankan ke neraka.... penat jer sembahyang tak tinggal, puasa tak henti, amalan bertimbun2... tak masuk bersedekah... satu sifat riak, cukuplah... hanya satu saja kesalahan diperlukan untuk mendapat tempat di neraka.... Pilih lah, pilih lah, pilihlah kemana hendak dituju....
Note Yakin atas kebolehan adalah berbeza dengan sifat riak dan takbur... Pastikan dapat kenal pastikan perbezaannya
No comments:
Post a Comment