Monday, December 31, 2012

Selamat Tinggal 2012

Mulai esok bermula tahun baru. Tahun 2012 meninggalkan begitu banyak kenangan.Ada yang pahit dan ada yang manis. Apa2 yang pahit yang berlaku di 2012, akan ditinggal bersama tahun yang berlalu. Nokhtah.

2013, bermulanya episod hidup yang baru. Semua akan berubah, insyaallah. Telah meletakkan target diri untuk santai pada tahun 2012, dan 2013 merupakan tahun untuk bekerja.. Dapat merasakan tahun akan datang ini, tahun yang amat bertuah untuk diriku, Insyaallah.

Perjuangan untuk agama dan bangsa akan diteruskan. Sedang melakukan persediaan untuk mengkasa kan diri dan group usahawan didalam naungan. Tahun 2013, company akan mempunyai website sendiri dan akan mempunyai lesen sawmill sendiri , insyaallah. Maka bila ada kekuatan dari segi material dan kewangan barulah boleh bergerak dengan lebih laju lagi. Tahun ini berjaya mengurangkan hutang melebihi target.pada akhir 2012, jumlah pekerja sudah menjadi 12 orang. Alhamdulillah.

Dari segi tubuh badan, tahun 2012 merupakan tahun dimana badan dalam keadaan paling teruk. Badan sakit yg tidak diketahui punca nya menyebabkan diri sentiasa tidur dan somehow telah menyebabkan badan naik mendadak... mula nya kolestrol dan gula menjadi tinggi.. sejak bulan 12 ni, baru lah mengambil inisiatif untuk berubat... macam2 buat.. sekarang alhamdulillah dah lebih baik... berat badan dah semakin menurun, dan sentiasa berdiet... nasib baik takde penyakit2 kronik.. cuma nak kurangkan diri dari tidur banyak ni masih susah nak adjust lagi.. Biasalah untuk mengubah kebiasaan...

 Sayonara 2012, ku menanti 2013 yang insyaallah lebih bermakna.



Saturday, December 22, 2012

End of the world

kalau dilihat semula dengan semua ciptaan manusia dari zaman berzaman semuanya menjadi debu kembali... dunia tidak perlu kan manusia untuk menghiasinya...

Satu bangunan yang besar akan akhirnya menjadi debu jua akhirnya.... manusia yang tidak mengerti bahawa suatu yang dia rasa penting yang dilakukan sebenarnya tiada nilai atau impak kepada bumi pada masa akan datang... Perniagaan yang besar tiada nilai pada masa akan dtg..bumi ini sudah diusahakan berkali2 dengan bermacam2 pembangunan..dan semua pembangunan ini hilang dan saling silih berganti.. manusia dari semua zaman tertipu dengan tipu daya yang mudah ini...

Manusia sentiasa ego dengan apa apa yang mereka lakukan, padahal ia sebenarnya tiada apa2 pun disisi Allah ... Allah telah menjadikan bumi ini sebagai tempat ujian. Maka tunduklah wahai diriku dan semuanya kepada Sang Pencipta Seluruh Alam.Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah. Buangkan lah egomu.. kau tak mampu berbuat apa2 pun...

kebanyakan manusia tidak mengerti yang kebanyakan mereka hanya melakukan kerosakan di muka bumi tidak lebih dari itu. kalau dahulu kala sistem dunia ni semacam ada auto correction, bila manusia melampau dalam melakukan sesuatu yg tak sepatutnya, maka Allah akan menurunkan bala... Dengarlah cerita kaum Ad, kaum nabi lut dan sebagainya....

Tapi sekarang, perkara itu tidak berlaku lagi. Sekarang Allah membiarkan kerosakkan berlaku sehingga tiba lah hari Kiamat ataupun end of the world... dan semalam heboh seluruh dunia mengenai ramalan kaum Maya mengenai hari kiamat yg dikatakan berlaku semalam...

Setiap umat Islam wajib percaya yang kiamat pasti berlaku... tapi sebelum ia berlaku, perlulah berlaku tanda2 kecil dan besar.... selagi belum berlaku tanda2 ini, maka umat islam tidak perlu percaya dengan apa2 ramalan pun.... dan perlu juga diketahui, ketika kiamat berlaku tiada pun seorang umat manusia yang bertauhidkan kepada Allah.... jadi selagi masih ada umat Islam,selagi itu lah kiamat tidak akan berlaku....
Itu yang ku pelajari... wallahualam...


Ujian,
kau datang dan pergi,
membawa hikmah lagi,
kau datang berkali-kali,
adakah aku masih belum mengerti?

Sunday, November 25, 2012

kesibukan melanda

Bulan ni betul2 sibuk... renovate kilang- tambah store,cat kilang, siapkan office. Itu yang physical, yang tak physical , documentation kena buat banyak (luckily ada org bantu bahagian ni)....Ni sebab nak comply dengan ISO 9001 untuk audit... yang best nya lepas siap ni kilang ni fit untuk ambil ISO 9001.. kalau berjaya, akan menjadi 1st kilang pallet di pantai timur yang ada ISO (most probably second in Malaysia).. kalau ada keperluan kena ambilla, sebab ISO involve cost yang tetap.... profit margin akan reduce, tapi akan membuka banyak lagi peluang perniagaan...

Sekarang ramai orang menyebut pasal boikot produk Israel dan USA... pada pendapat saya ia tidak akan bertahan lama... Orang Islam perlu ada PILIHAN untuk membeli barangan yang setanding dengan barangan yang hendak diboikot terlebih dahulu... barulah dapat boikot... barangan makanan kebanyakan di buat oleh negara yang hendak diboikot... agak-agak berapa lama dapat bertahan.... bila negara tu dah tak menyerang, umat Islam akan hentikan boikot... dah berapa kali boikot dan semuanya bersifat sementara....

Syarikat-syarikat Muslim perlu berfikir untuk membuat produk-produk yang boleh substitute keluaran bukan Muslim... barulah kita umat Islam akan menjadi kuat dan mempunyai kuasa untuk memainkan peranan didalam pentadbiran dunia... perlukan membangunkan produk yang setanding dari segi rasa dan kualiti...... Ini pendapat saya....

Dan Selalu nya bila dah berjaya, lupa pulak tanggungjawab yang mereka perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim....

P/S sektor makanan adalah satu contoh, ada banyak lagi contoh..

Thursday, November 15, 2012

Gaza Diserang Lagi

Baru tersedar ada serangan terbaru terhadap Gaza. Dan seperti biasa hanya kecaman sahaja dibuat. Tiada tindakan terhadap yang bersalah. Dan yang diserang akan dikatakan bersalah. Ini adalah satu permainan oleh musuh Allah, dan kita umat Islam masih lagi terleka dengan dunia masing-masing. Sedangkan saudara kita, sedang ketakutan.
 Saya kepilkan cadangan Qunut Nazilah yang dicadangkan oleh  Ustaz Zaharuddin . Sekurang-kurangnya walaupun tak dapat tolong dari segi tenaga fizikal, sekurang-kurangnya kita boleh berdoa. Dan doa merupakan senjata utama umat Islam. Mohon dimakbulkan Allah. Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu (kat bawah sekali ada panduan cara2 melaksanakan). Diperbolehkan memegang kertas dan membacanya asalkan pergerakan tidak lebih tiga kali sekaligus (untuk mazhab Shafie,mazhab lain tak kisah pergerakan Lebih 3 Kali...)... 
Pendapat saya Kita patut membantu bukan sekadar doa sahaja... Kena lebih daritu....  Ada banyak cara untuk membantu....

From Zaharuddin.Net
 
Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai. 



اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ


Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.



Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.


اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ


Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين



Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.
 
PANDUAN QUNUT NAZILAH
Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.
CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.
Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:
1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .
Peringatan:
· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.
· Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

Friday, November 9, 2012

Audit

Dengan keadaan kilang yang masih berserabut... tiba2 dapat email yg tempat yg ni akan diaudit awal bulan depan... Arrrggghhhhh..... nak kena audit ISO 9001 dan current operation.. padahal apa dokumen pun tak der..... Dah minta tolong abang/partner untuk tolong... SOS call....
Yg pasti kena siapkan segala dokumen, dan kena buat kilang bagi comel.....

Ada ka patut, disuruh jumpa MB esok untuk wakil bapa, dah la aku ni gayanya selekeh dan berpakaian seperti org2 biasa... agak2 apa yang hendak dicakap?

Trip ke Langkawi agak memenatkan, wifey shopping cokelat dengan banyak sekali, dan harini demam.... demam kepenatan agaknya...

Wednesday, October 31, 2012

Coretan 2 - kisah lama

Kalau ingatkan semula kisah2 dulu, akan tersenyum sorang2...  Banyak kisah yang menarik dan banyak kisah yang rasanya tak nak melalui sekali lagi.....

Kalau tgk time mula2 belajar degree sampaila kerja pun agak haru biru.... Mula2 ditaja oleh JPA untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan... setelah menghabiskan 2 tahun membuat A level di kolej di Oxford, saya telah memilih untuk melanjutkan pelajaran di Manchester University.... Di MU ni cara pembelajaran agak berlainan dari universiti lain, mereka melaksanakan konsep pembel ajaran  macam Dr House.... Sebab tu suka tgk Dr house.... Teringat kenangan lama....

Padahal pada waktu itu menerima beberapa tawaran untuk melanjutkan di Ireland.. tapi disebabkan ego dan keras kepala yang agak tinggi, aku tetap nakkan stay di great britain.. Org Britain kan selalu kutuk yg org Ireland ni kekampungan... Aku pun terikut2 perangai tak elok ni.. Di MU, susah untuk aku yg biasa di spoon fed untuk adapt... aku gagal untuk mendapatkan markah yang cukup untuk meneruskan pembelajaran ke tahun ke 2.... masa tu cuba untuk tukar course, dapatlah tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang chemical engineering di UMIST, sayang nya permohonon untuk penyambungan biasiswa tidak diluluskan JPA, dan pada waktu itu cuba minta bantuan bapa, sayangnya perniagaan bapa menghadapi masalah disebabkan ekonomi meleset pada tahun itu (tahun 1998)....I'm on my own... Masa tu fikir apa la nak jadi dengan masa depan aku....

Ada sekali tu jumpa Tan Sri Halim Saad (pada waktu itu beliau ialah pengerusi Renong Berhad) minta tajaan ketika beliau datang ke London... jawapan dia tak dapat nak tolong....hehehe, masa tu rambut kepala pun botak... Macam budak jahat jer....

Akhirnya balik la ke Malaysia... balik ke Malaysia hari2 kena marah dengan parents... Ada 2 sebab kena marah...tak tahan, hari2 tengok paper, mana tahu nak cepat2 masuk uni... Duduk rumah agak tertekan... Bila tahu uitm ada intake dan tahu abg kenal VC(my sis in law lecturer sana)terus minta tolong abang untuk masukkan ke UITM untuk intake bulan 11.. pada waktu tu permohonan UITM dah tutup... terus ke KL dan dengan menggunakan sijil A- Level, minta jasa baik untuk dimasukkan untuk kursus chemical engineering, sayangnya tempat dah penuh...pergi merayu dengan dekan, tapi dia insist untuk kemasukan seterusnya... civil dan mechanical masih ada kekosongan... tahun tu, tahun pertama kursus engineering tempoh belajar dinaikkan kepada 4 tahun.... untuk menghabiskan 4 tahun untuk bidang yang tidak diminati agaklah keterlaluan, dan kebetulan melihat ada kekosongan untuk kursus Information System Engineering... aku pun terus meminta kursus tersebut..... Salary pun tak tahu apa itu ISE.

maka bermulalah kisah sebagai student ISE(macam software engineer)... banyak kisah disini, bila rajin akan ditulis.....
Bila habis belajar terus kerja sebagai process engineer di kilang elektronik  (yang takde kena mengena dengan sijil yang diperolehi)..... lepas tu bekerja di kilang bapak mertua untuk pembuatan pallet kayu... berhenti dan terus membuka kilang sendiri dalam bidang yang sama......

Kalau difikirkan balik banyak betul bidang yang aku belajar.... Hajat hati sekurang2nya dapat membesarkan perniagaan lagi... bukan dalam bidang kayu sahaja, tapi dalam bidang pembuatan... tak sebesar business yang pernah dibina bapa pun takpa . janji dapat mempelbagaikan perniagaan... Ingat lagi dalam tahun 1997, kompeni bapa merupakan kompeni pertama anak melayu pulau pinang mendapatkan kontrak bernilai 1 billion ringgit (projection income in certain years) .... dan waktu itu menteri kerja raya DS Samy Vellu datang merasmikan upacara signing ceremony..... projek fibre optik seluruh negeri P.P. -projek swasta .... Sayangnya penyelewengan dalam kompeni tu dan atas faktor2 tertentu terpaksa jual kepada pengurus syarikat.... a bit complicated tapi saya tak berapa tahu hal sebenar...kompeni aku ni kalau buat perbandingan, masih jauh lagi untuk kesana..... 

Ahad ini akan ke Langkawi, hampir seminggu jugak...

nanti sambung lagi...
  



Tuesday, October 30, 2012

Coretan 1

Sebenarnya dah lama tak betul2 menulis, penulisan sekarang banyak dalam bentuk rushing, nak cepat - cepat sahaja...  Sentiasa kena berebut komputer dengan wife(wife guna untuk buat report syarikat) ataupun iPad- berebut dengan anak2.... Ini semua angkara tak pergi tukar charger laptop yg masih dalam waranti.... Nak kena pergi bandar Kuantan yg jaraknya lebih 100 km dari sini agak malas, padahal setiap minggu akan berada di Kemaman, kena lebih rajin lagi, travel lagi beberapa kilometer dan akan sampailah di sana.... Hajat nya hari ini nak kena siapkan office baru... Ada yg dah call minta kerja, tapi office nya belum siap.... Nak kena panggil org untuk buat cermin dan suruh pekerja cat office, cat dah dibeli dan segala peralatan dah ada.....

Ada beberapa perkara yg ralat dalam minggu ni, pertama masih dah dapat supplier yg betul2 dapat supply kayu yang dikehendaki , payment yang dapat hampir habis sekelip mata...  Gara2 membayar hutang dengan banyak sekali.... Target untuk menyetelkan sekurang2nya 100k sehingga hujung tahun ni....sebenarnya dah Lebih 70 k.... Nak settle hutang peribadi dulu.... Hutang yg bayar bulan , biarlah begitu...

Masa buat perniagaan dulu,  mana ada modal, harapkan bantuan kawan2 dan saudara mara untuk berniaga...  Luckily mulut saya manis (hehehehe), ramai yg membantu... Sekarang bila perniagaan dah menguntungkan perlulah membayar hutang2 yg telah dibuat kan.... Masa dulu, masa takde apa2 busines takdelah perasaan takut, sekarang takut dia lebih pulak... Syarikat dah dalam kategori medium size, tapi takut tak dapat busines baru etc, takut bila kontrak tamat boleh tak survive.... Macam2 permainan perasaan.... Tapi seperti biasa i will be cool, dan sentiasa berdoa kepada Allah... Mainan perasaan ni , supaya kita sentiasa was2.... Padahal, as long you have done terbaik, itu sudah cukup... Kalau org yg buat tak terbaik pun Allah bagi macam2 rezeki...  Maksud kat sini ialah rezeki boleh datang walaupun kita tak buat apa2.....  Hak Allah....

Sejak ada pekerja baru, kerja semakin menyenangkan, pekerja ni ialah assisstant manager masa kat kompeni lama... Jadi dia dah mahir dengan kehendak aku dalam pentadbiran.... Cuma disuruh saja.... Pengurus kilang dah  tak sedap duduk, sebab tiba2 ada bos yg menyuruh dia buat kerja itu ini.... Sebelum ni aku mmg tak masuk sangat daily pentadbiran.... Cuma bagi target.... Teringat masa bulan satu sudah aku lah bos, dan akulah pekerja... Kena angkut kayu, kena jalankan mesin sendiri... Dan   sekarang dah jadi betul2 bos.....

Pada satu tahap tu betul2 bekerja sehingga betul2 penat dan wife sanggup sampai mandikan diri ini.....  Itu lah org kata pengorbanan dan itu yg kena ingat sampai bila2....  Nanti bila ada terlebih gatal, kena ingat wife yg sekarang ni... Saya seorang yg percaya poligami itu baik dan percaya juga jika seorang isteri dah berjaya memenuhi kehendak kita, kenapa perlu lebih.....    Biasalah  nafsu, pantang  tengok yg fresh dan hot, mesti suka.... Itu sifat manusia.....  Jika tak der keperluan tak perlu... Bukankah Nabi suruh kita bersederhana dalam semua perkara....  Poligami ni bagus untuk lelaki dan juga perempuan.... Salah satu kelebihannya ialah untuk kita lebih menujukan kasih sayang hanya kepada Allah... Kalau org yg betul2 kasih kerana Allah, cemburu nya kurang..... Kalau untuk lelaki, takder la takut bini sgt....hehehehe.... Oppss time to work .... Akan menulis lagi

Thursday, October 25, 2012

Ucapan raya

Selamat hari raya Aidiladha untuk semua pembaca blog ini.....Maaf zahir batin... Semoga berbahagia di samping keluarga tercinta...

Tuesday, October 23, 2012

New Customer?

alhamdulillah, kalau nasib baik akan bertambah satu lagi customer bulan depan....Dia nak terminate current supplier dan nak suruh aku buat produk untuk dia...... cuma lokasi dia agak jauh... Nun di Pekan, Pahang.... Tadi petang dah hantar sample untuk other potential customer, ada 2 tempat lagi yang menanti sample untuk dihantar... harap dapat settle by next week....

Alhamdulillah, main customer tak jadi shutdown 3 minggu, seminggu jer.... sales wont be affected badly.... Terima kasih Allah atas segala nikmat yang kau beri...

A few consideration kena buat (ikut mengukur baju di badan sendiri)
Mana nak cari modal untuk buat kalau dapat semua customer serentak?
Tempat sekarang cukup tak?
Supplier boleh supply barang tak?

Ini yang sedang difikirkan.... dan sedang difikirkan....





Kenduri kendara

Alhamdulillah, baru pulang dari kampung.. 5 hari berada di kampung... sebenarnya pulang balik kenduri sepupu kahwin...

Kenduri sekarang tak macam dulu, semua pakai catering, takder dah gotong royong... kali ni pakcik buat makan kat hotel dan makanan hidang diatas meja dan semua org makan serentak... konsep ni mmg menarik jika kita panggil org cukup2.. bila terlebih panggil, maka jadilah huru hara.....

sebaiknya buatlah buffet dan org tak makan serentak...

Ada jemputan sepupu kahwin bulan 12 ni , kali ni kat hotel dan makan secara buffet... kali ni orang panggil cukup2 dan anak tidak dijemput....

Bercuti jer kerja aku, bila la nak bekerja... bulan ni bosan2 dah pi duduk hotel 2 hari... awal bulan depan 5 hari ker langkawi... ada program NOSS....

Main customer pulak shutdown 3 minggu.... sales drop sekurang-kurangnya 40 percent....

Monday, October 15, 2012

Customer baru

Alhamdulillah, receive a new customer.. hopefully can sustain the new customer. profit margin for this new customer is a bit low, only 9% gross profit. However since the payment is in cash, the capital use is very low and hence the velocity is very high. (the higher the velocity, the more revenues you get per dollar of assets). sapa tak paham kena pi belajaq business dengan lecturer business.

Konsep yang sama digunakan oleh org yg buat kontrak. contoh bila kita ada modal 10 ribu dan bila payment diterima secara mingguan jadi boleh buat business 40 ribu sebulan. sekali pusing dapat 900 ringgit, jadi sebulan rm 900 x 4= rm 3600. jadi dengan modal 10000, boleh dapat untung rm 3600. lebih kurang 36 percent drpd modal yg dikeluarkan.

Time is an important factor untuk memastikan benda ni viable.

Ada masuk sample ke satu tempat lagi, tgh tunggu outcome. dan nak masuk satu lagi tender.

Insyaallah all is well.

Monday, October 8, 2012

Gadis Melayu dan pakaian nya

Gila dibuatnya bila melihat pakaian gadis2 zaman sekarang, susah sungguh untuk mencari yg betul2 tutup aurat.... Yg bertudung ramai, tapi yg menutup aurat dari yg bertudung ni seminggu boleh jumpa sorang dua jer kot...

Bertudung dan memakai seluar ketat, bertudung baju t-shirt sampai lengan, bertudung tapi pakai skirt jarang... pakai baju kurung tapi ketat tak ingat....... bertudung tapi nampak tocang, bertudung tapi nampak leher, bertudung dan nampak jambul... bertudung tapi pakai seluar legging.......
Macam2 fesyen... Ini observation baru kat terengganu... kalau di negeri lain entah la...

Memang zaman sekarang ni nak cari perempuan yg berpakaian kerana agama agak susah, mungkin kerana cetek ilmunya... Yang pasti semua nak ikut trend....

Aku bukannya org yg bagus sgt pun.... ada juga buat banyak salah... tapi trend berpakaian budak2 perempuan zaman sekarang ni agak membimbangkan.... perlu dilakukan sesuatu..... dan trend gejala sosial pun semakin meningkat..... Adakah pemimpin2 sekarang dan terdahulu masih tidak dapat melihat budaya yg telah mereka wujudkan.....Semua kearah materialistik dan tak pentingkan agama sebagai pedoman hidup... berapa ramai budak2 muda tak tahu sembahyang, mengaji.... sesuatu perlu dilakukan... tetapi apa pemimpin kita buat....samaada sibuk mengumpul harta ataupun sibuk bergaduh untuk mendapat kan kuasa...

Nafsu diri



Sedang ku memahami,
Nafsu Diriku,
Dan keinginan – keinginannya,
Adakah kebijaksanaan dapat mengatasinya,
Tidak sekali-kali,
Telah kucuba dan mencuba,
Mana mungkin dapat diatasi,
Ilmu itu tenteranya,
Debat dan Helah budak2 suruhannya
Hanya Si Pemilik sahaja mampu hapuskan
Keinginan-keinginan
Tiada cara lain,
Tiada cara lain….Berdoalah

*Si Pemilik- Allah SWT.

Saturday, October 6, 2012

Mengenali Allah

 Sebagai seorang Muslim, setiap perbuatan yang kita lakukan kita akan berniat kerana Allah Taalla SWT.  Tgk video kat bawah untuk mengenali Allah dan cara2 untuk beribadat kepada Nya.... Enjoice.

Who is the Almighty Allah


part 2

Do you love Allah

part 3

Are you grateful to Allah



Monday, October 1, 2012

start busy

Nak menulis tapi charger laptop rosak......
ada pekerja baru untuk menguruskan kilang.. penambahan jualan adalan organik growth tapi masih belum mempunyai customer baru yg consistent order...
Minggu lepas forklift rosak... sparepart masih belum dapat sehingga hari ni...
Ada beberapa perancangan untuk menambah kan customer tapi company belum betul2 strong....
akan cuba terbaik untuk menjalankan perancangan ni dengan beberapa stategi... insyaallah berjalan lancar....
Bulan ni insyaallah akan hit sales target.... tapi masih berada tahap 2/3 drpd sales target yg dikehendaki untuk bulan disember...

Thursday, September 20, 2012

I'm a Muslim and are against the movie Innocence of a Muslims

Bila mereka menghina nabi Muhamad SAW dan umat Islam meminta supaya penyiaran nya diberhentikan, apa jawapan yang kita dapat.... umat islam telah menyalahi hak kebebasan bersuara...

Kata Yasmin Mogahed ni adalah benar didunia sekarang

Insult African Americans, and it's called 'racism'.
Insult Jewish people, and it's called 'anti-Semitism'.
Insult women, and it's called 'sexism'.
Insult homosexuals, and it's called 'intolerance'.
Insult your country, and it's called 'extremism'.
Insult Muhammad (pbuh), and it's called 'free speech'.


Jangan pulak kerana memarahi penerbit movie ni kita pulak membenarkan sangkalan/dakwaan mereka  yang lain2 dengan melakukan huru hara di tempat sendiri... 
Ini antara jawapan terbaik untuk menjawab filem ini





Thursday, September 6, 2012

Bebas

Akan kurang ber blog, selasa ni  pergi medan selama 5 hari.... perlu berbincang pelan perniagaan dan halatuju syarikat di sana... lepas ni akan semakin sibuk....

Selama ini most of the time duduk rumah, lepas2 ni akan lebih sibuk, perlu kembangkan perniagaan... yg bestnya start next month i'm free from handling day to day operation...

Tuesday, August 28, 2012

trip to Medan

Bos aka abang suruh kami cancel pergi NOSS dan dia ajak pergi Medan... best pergi indon, percakapan depa macam sopan jer, walaupun tgh marah... pergi sana dapat merehatkan minda (tak cukup ker hari2 berehat di rumah?).... haritu pergi lepak kat hotel dan shopping sikit sebanyak..... dapat layanan vip- sebab hotel 5 star kat sana tak ler semahal kat malaysia... dan abang ada kawan yg akan menjadi tour guide kat sana.... itu yg best, tak terasa pergi tempat asing, cakap jer nak pergi mana.... lepak2 dgn Ainin dan tour guide (yahya)... Bos akan balik rumah mertua, kami akan jalan2....

kali ni pergi nak buat apa pulak?

p/s wifey dah jealous.... lain kali kita buat trip sendiri...

Sunday, August 26, 2012

Baju kurung singlet

Semakin lama semakin menjadi2.... orang dok pakai baju kurung yang amat jarang dan kat dalam inner macam singlet... dari dekat atau jauh akan nampak singlet jer.....
Kalau bukan waktu raya pandai pulak bertutup aurat tak nampak badan... bila pakai baju kurung singlet ni akan menampakkan aurat tangan dan belakang badan... yg lawaknya pandai pulak pakai tudung.....

Baju kurung yg jarang dan ketat adalah tidak menutup aurat.... perlu faham tu.....

Opps komen ni takde kena mengena dgn sapa2 pun......

Saturday, August 25, 2012

masalah untuk diselesaikan ...












Sabar dan redha mudah diucap, tetapi sukar untuk dilaksanakan.


Menzahirkan sabar dan redha tidaklah semudah memetik ranting kering.


Mungkin kita kata bahawa kita sabar dan redha, tetapi…

Sebaliknya kita sering merungut kesusahan, kepayahan hidup, kesedihan dan sebagainya.


Mungkin kita kata bahawa kita sabar dan redha, tetapi…

Kita mula meninggalkan perkara yang baik yang telah menjadi kebiasaan yang dahulunya kita suka lakukan.

Tiada bergaul mesra, bergurau senda dengan keluarga, sahabat dan sebagainya.

Seolah – olah kebahagiaan dunia hilang punah semuanya.


Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…

Kita mula menjauhkan diri, rasa terpencil dan rendah diri.

Kita sering menyepikan .

Kita mula memikirkan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, yang kita jangka, perkara itu dapat menghilangkan kesedihan dan kesusahan kita.

Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…

Kualiti ibadah kita tidak meningkat.

Malah semakin pudar dengan bayang – bayang kesedihan atau kesusahan kita.

Tiada lagi bait- bait doa memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah.


Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…

Jiwa kita kacau, tidak tenteram.

Ke hulu ke hilir memikirkan kesusahan dan kesedihan.

Mengadu kepada manusia tetapi terlupa untuk mengadu kepada Illahi.


Jagalah Iman Kita Ketika diuji.


Berhati – hatilah kita apabila berhadapan dengan ujian, bimbang terikut – ikut virus munafik.

Firman Allah Taala :-


Masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu dan masa itu ialah masa pemandangan

mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut) dan kamu masing-masing pula menyangka

terhadap Allah dengan berbagai-bagai sangkaan.(10)


Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.(11)


Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: Allah dan RasulNya tidak

menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja.(12)


(Surah Al Ahzab : 10 – 12)


Justeru itu, saudara – saudaraku

Bersabar dan redhalah dengan sebenar-benarnya.

Ikhlas di dalam menghadapinya berlandaskan al quran dan hadis

InsyaAllah, mebuah ketenangan pada akhirnya.






Read more at http://mencariygbenar.blogspot.com/2012/08/masalah-untuk-diselesaikan.html#tDZ0le9YAr6S3aBf.99

Sahabatku, Jangan Kau Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu!


sumber: arrahman.com

 


Kita sering meratapi sesuatu yang hilang dari sisi kita , baik ia merupakan peluang2 yang hilang yang mana, mungkin boleh memberi kesenangan hidup kepada kita,

atau kehilangan orang yang kita sayangi atau orang yang kita harapkan.

Namun, sebagaimana Allah memberikan uijan, begitu jua Ia memberikan kan penawarnya. Agar hati2 hambaNya tidak jatuh kedalam jurang kekecewaan dan putus asa. Segalanya tersimpul di dalam seuntai nasihat ini:


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini hilang dari menjadi harapan. Sungguh semua itu telah menghadirkan kekecewaan yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan boleh terbukti, tidak setiap yang kita mahu akan tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum:


harus sukses, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang sukses tetapi lupa bahwa sebenarnya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi bahagian kita di dunia, entah itu rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita mampu miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."


(al-Hadiid: 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang bingung terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar memaksa Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar memaksa Allah:


"Pokoknya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya. "


Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang tercemar.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."


(al-Baqarah: 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu.


Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevan nya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya:


hidup di akhirat kelak.

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Walhamdulillahi robbil a'lamin...



Sahabatmu,

Muhammad Jibriel Abdul Rahman_

Jalan2 bulan depan

1st,2nd dan 3rd week bulan depan dah ada planning -rombongan che kiah untuk 1st and 2nd week dan bengkel NOSS yg ke tiga....1st week pi melaka, wife punya saudara jauh berkahwin, cadang nya tinggal di A Famosa... 2nd week pulak sepupu kahwin kat Kluang Johor, lepas tu menghantar adik bongsu sambung belajar di Uitm Shah Alam,...
Raya sudah, berkenalan dengan manager grand blue wave shah alam, dia boleh kasi bilik special at special rate.. boleh la pi lepak kat sana.... Insyaallah... Berkenalan juga manager kilang botol pakcik, dia ingin introduce dengan kilang plastik yg guna pallet dgn banyak... cubalah nasib, insyaallah....

3rd week, program NOSS, 5 hari, lokasi tak tahu lagi,haritu nak buat kat KT, lepas tu tukar tempat....
So bulan yg sibuk, bila nak fokus kepada perniagaan ni... hehehehe... status kilang baru masih tergantung.... setakat menyewa tanah saja.....
Minggu ni ada org nak jual lesen sawmill, tengah berfikir sama ada nak beli atau tak..... apapun raya tahun ni agak best... sbb betul2 boleh rehat.....

Insyaallah jualan bulan 8 ni akan jadi yng tertinggi setakat ni... alhamdulillah.... (dan bulan 8 juga keluar duit bukan operasi yg paling tinggi).....

Thursday, August 23, 2012

Lagu Hilang Naluri –Once Mekel

 Tiba2 lagu ni cam best pulak... tapi lirik mohon kematian didalam hati ni cam tak berapa menarik jer....

Lirik Lagu Hilang Naluri –Once Mekel

Mawar merah yang ku cium
Ternyata menusuk dan beracun
Wanginya menyenangkan hatiku
Membuatku tak karuan

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku

Dia sama sekali tak cintai diriku
Dia hanya memanfaatkan diriku

Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia, berharaplah

Ku berlutut di bawah kakinya
Ku berikan hatiku untuknya
Ku telan semua luka-luka
Ku tak punya perisai lagi

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku ooh

[Matilah kau]
Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia ooh




Saturday, August 18, 2012

Ramadan Yang Berlalu

Ku menyedihi
di atas Ramadan yg telah berlalu pergi,
Bolehkah kita berjumpa lagi,
Amalan Yang Tidak Mencukupi,
Ingin ku ketahui,
Adakah Amalku Diterima Ilahi,
Tidak terucap indahnya ibadat di bulan ini.
Semoga kita berjumpa lagi,

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin di hari raya ini

P/S shopping raya tak habis lagi

Wednesday, August 15, 2012

Ceramah - Orang Yang Menunda Taubat


Selamat Hari Raya Semua

Salam,
Selamat hari raya semua dan maaf zahir batin...esok nak balik cuti raya dah......
Dan bestnya stock barang dah ada untuk hujung bulan.. Alhamdulillah, berjaya mengatasi semua masalah... .... Bulan ni boleh cuti sampai hujung bulan....

Saturday, August 11, 2012

Tanda Malam Lailatul Qadar

Tak sempat nak menulis jadi kena dengar ceramah baru boleh tau... kalau sempat nanti saya update..




LAW KANA BAINANA

Indahnya syair kepada kekasih ku, nabi ku, Muhamad Ya Rasullullah...




Thursday, August 9, 2012

Surat yg ditunggu tidak tiba

 Update 11/8
Wife dah ambil dah surat kat pejabat pos... Alhamdulillah.... 


Time2 perlukan duit, surat  cheque dari customer tak sampai2. sepatutnya semalam dah sampai..     last date untuk surat sampai ialah hari selasa... kalau sampai lewat lagi tak sempat guna untuk raya... kena sabar menunggu sehingga selasa.... order bertimbun-timbun tapi bila duit tak sampai.. momentum produksi boleh terganggu....

Sabar jer la wahai hati... Allah lah yg mengatur perjalankan hidup ku,perancangan Allah lebih sempurna ,  tentu la ada sebab bila sesuatu perkara berlaku...

Monday, August 6, 2012

Makna Puasa, Syarat Wajib Puasa

Makna Puasa

Dari Segi Bahasa:- Bererti menahan diri daripada sesuatu

Dari Segi Syarak :- Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar
                               hingga terbenam matahari, dimulakan dengan niat berpuasa, kerana
                               mengharapkan keredaan Allah SWT

Jenis - Jenis Puasa Yang Wajib

a) Berpuasa pada bulan Ramadan hukumnya wajib (fardhu Ain) berdasarkan al-Quran, al hadis dan
    ijmak ulama
b) Puasa Nazar (puasa yang diniatkan dilakukan kerana terkabulnya sesuatu hajat)
c) Puasa Kifarat/Kaffarah (puasa membayar denda kerana melanggar syarat2 berpuasa di bulan
    Ramadan)

 Terdapat dua sebab yang mewajibkan puasa Ramadan iaitu:

i) nampak anak bulan awal Ramadan selepas terbenam matahari
ii) mencukupkan bulan Syaaban 30 hari sekiranya anak bulan tidak kelihatan.

Syarat Wajib Puasa

a) Islam
b) Baligh
c) Berakal(Tidak Gila)
d) Sihat - Orang yang sakit/uzur yang akan bertambah sakit jika berdaya puasa atau orang yang
    terlalu tua tidak diwajibkan berpuasa tapi diwajibkan membayar fidyah
e) Bermukim - Musafir (yang membolehkan menjamak/Qasar sembahyang) tidak wajib berpuasa
    tetapi wajib mengqada puasa selepas bulan Ramadan.
f) Suci daripada haid dan nifas(bagi wanita)

Syarat Sah Puasa

a) Islam
b) Berakal dan mumayyiz (tahu membezakan yang mana najis dan yang mana tidak)
c) Apabila nyata masuknya bulan Ramadan



Rukun-Rukun Puasa

1) Niat di dalam hati , niat ini diwajibkan pada tiap-tiap malam, kerana ibadat puasa pada tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan adalah perbuatan yang terpisah di antara hari dengan hari yang lain . Tempoh niat bermula sesudah tenggelam matahari hinggalah terbit fajar

Sebagaimana Hadis Nabi SAW :

من لم يجمع الصوم قبل الفجر فلا صيام له

Maksud : Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum fajar maka tiada puasa baginya .

(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Asbus Sunan)

Niat Puasa

2) Menahan diri daripada makan dan minum atau memasukkan sesuatu pada rongga tubuh badan
    dengan niat serta di dalam keadaan sedar bahawa ianya sedang berpuasa walaupun sedikit bermula
    daripada keluar fajar sehingga tenggelam matahari .Menahan diri daripada melakukan
    persetubuhan atau mengeluarkan mani dengan tangan ( Onani ) dan sebagainya .









Qada dan Fidyah Puasa

Qada

Qada ialah menggantikan puasa yang ditinggalkan pada hari yang lain.
Orang yang wajib qada ialah:

a) orang yang berbuka kerana sakit, wajib qada setelah sembuh
b) orang yang berbuka kerana gila, wajib qada setelah sembuh
c) orang yang berbuka kerana tersangat lapar
d) orang yang berbuka kerana musafir, wajib qada setelah habis musafir
e) orang perempuan yang berbuka kerana haid atau nifas, wajib qada setelah bersuci
f) perempuan mengandung atau menyusukan anak yang berbuka kerana bimbangkan kesihatan
   dirinya

 Fidyah 


Fidyah ialah denda kerana meninggalkan puasa, iaitu secupak makanan asasi bagi satu hari puasa yang ditinggalkan. Orang yang wajib membayar fidyah sahaja ialah:

a) orang tua yang uzur
b) orang sakit yang tiada harapan sembuh
c) orang yang sentiasa bekerja berat sehingga memudaratkan diri jika berpuasa
 
Orang yang wajib qada serta fidyah

a) perempuan mengandung atau menyusukan anak yang berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak
    yang dikandung atau disusukannya.
b) Orang yang melewatkan qada puasa sehingga melewati Ramadan yang berikutnya.

Perkara Sunat, Makruh dan Yang Membatalkan Puasa

Walaupun entry ni agak terlambat, tapi boleh digunakan untuk rujukan pada masa akan datang.

Perkara-perkara sunat puasa:
a)      membanyakkan membaca al-Quran, berzikir, berselawat
       dan membuat amal kebajikan
b)      mandi junub sebelum fajar
c)      melewatkan sahur waktu imsak(kerana padanya ada keberkatan)
d)      berbuka dengan buah tamar atau benda manis yang lain
e)      membanyakkan sedekah kepada fakir miskin dan anak-anak
      yang kurang bernasib baik
f)        solat terawih
g)      segera berbuka bila masuk waktu
h)      Menjauhkan percakapan yang sia2 dan perbuatan yang tidak membawa    
       manfaat
i)    membaca doa sekurang-kurangnya :
       
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

        
Ø      Perkara-perkara makruh puasa
a)      berkumur-kumur dengan keterlaluan
b)      merasa makanan dengan lidah
c)      bercakap perkara-perkara buruk dan keji
d)      memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
e)      gosok gigi setelah gelincir matahari
f)        mencium isteri
g)      menderma darah

Ø      Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
a)      makan dan minum dengan sengaja (jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa)
b)      mengeluarkan air mani dengan sengaja
c)      haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
d)      muntah dengan sengaja dan memasukkan dengan sengaja sesuatu ke dalam rongga
e)      melakukan persetubuhan
f)        gila walaupun sebentar
g)      murtad
h)      berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib

Ø      Perkara yang tidak membatalkan puasa:
a)      Menelan air liur yang bersih dan bagi orang yang selalu berdarah gusinya adalah dimaafkan.
b)      Bersuntik
c)      Tidur walaupun sepanjang hari
d)      Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
e)      Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja

Ø      Hari-hari sunat puasa:
a)      pada 9 Zulhijjah (hari Arafah)
b)      pada 9 Muharram (hari Tasu’a)
c)      pada 10 Muharram (hari Asyura)
d)      6 hari pada bulan Syawal
e)      Hari Isnin dan Khamis

Ø      Hari-hari diharamkan puasa:
a)      Hari Raya Puasa (Aidilfitri) yang pertama (1 Syawal)
b)      Hari Raya Haji (Aidiladha) yang pertama (10 Zullhijjah)
c)      Hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...